Saya Bukannya Seorang Ustat!

 
Saya bukannya seorang ustat,
Walau ada yang panggil saya ustat.
 
Kerana selalu bercerita tentang agama saya dibilang ustat,
Kerana selalu sampaikan peringatan saya dibilang ustat,
Kerana selalu berkongsi ilmu agama saya dibilang ustat,
Kerana boleh jawab sebahagian persoalan agama saya dibilang ustat,
Kerana jalan tunduk-tunduk saya dibilang ustat,
Kerana malukan wanita saya dibilang ustat,
Kerana berjanggut saya dibilang ustat,
Sedangkan saya sebenarnya bukanlah seorang ustat.
 
Hidup ini amatlah singkat,
Mati pula semakin dekat,
Amal pula masih terkulat-kulat,
Rugilah saya jika tidak selalu berbicara tentang Akhirat,
Rugilah saya jika tidak saling nasihat-menasihat,
Rugilah saya jika tidak berkongsi kebaikan kepada ummat,
Rugilah saya jika tidak mengajak manusia agar kepada ALLAH lah sahaja sepatutnya kita beribadat dan taat.
 
Sebab itulah wahai rakan jauh dan dekat,
Saya selalu bercerita tentang sesuatu yang ada kaitan dengan Akhirat,
 
Supaya diri sendiri diingatkan untuk bertaubat,
Supaya timbangan amal kebaikan sendiri jadi berat,
Supaya di Akhirat beruntung dan di dunia mendapat berkat,
Supaya redha ALLAH Ta`ala saya harapkan dapat.
Supaya ke Syurga harap mengecap nikmat dan menjadi tempat.
Dan supaya selamat dari Api Neraka yang sangat dahsyat. 
 
Ya, bukannya sebab saya seorang ustat,
Cumalah Muslim yang berusaha mengejar manfaat,
Selagi ada umur selagi itu mesti cepat-cepat,
Mengaut peluang selagi belum disekat,
Mengutip amal supaya timbangan kebaikan menjadi berat,
Usaha ikut Al-Quran dan as-Sunnah dengan penuh tekun dan erat,
Mudah-mudahan tergolong bersama hamba ALLAH yang taat.
 
Itulah yang sebenar, itulah hakikat.
 
Diulang semula kuat-kuat:
“Saya bukannya seorang ustat!”
 
🙂

muzir.wordpress.com


One response to “Saya Bukannya Seorang Ustat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: