Monthly Archives: June 2013

Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir

1)  Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca:

ِسُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه

(Maha Suci ALLAH dan bagiNYA segala pujian)

setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut.”

–  HR al-Bukhari (7/168), Muslim dengan lafaznya (4/2071)

2)  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang membaca:

ُلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه

ُلَهُ الْمُلْكُ, وَلَهُ الْحَمْد

ٌوَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

 (Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Esa, tiada sekutu bagiNYA, bagiNYA kerajaan dan bagiNYA kepujian dan DIA berkuasa ke atas setiap sesuatu)

10 kali, bagiNYA pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang daripada keturunan Nabi Ismail `alaihissalam.”

–  HR al-Bukhari (7/168), Muslim (4/2072)

3)  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: Continue reading


Kenangan Dari SMAKL

Sabtu lepas, 22/6/2013 telah diadakan Jubli Perak SMAKL-SMKAKL sempena ulangtahunnya yang ke-25 tahun. Alhamdulillah.  Dapat bersua dengan rakan-rakan lama dan juga guru-guru yang pernah berbakti pada diri ini.  Semoga ALLAH memelihara kami semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Balik dari program tersebut, terasa pulak dalam hati ini ingin berkongsi di blog ini akan sedikit barang yang masih dalam simpanan saya yang mempunyai kaitan dengan SMAKL, sekadar bernostalgia dengan rakan-rakan lama yang mungkin tersinggah ke laman yang dhaif ini.  Ini dia, hehe… : Continue reading


Khutbah Al-Haajah (خطبةُ الحاجةِ)

Khutbah al-Haajah

Khutbah al-Haajah

Diriwayatkan dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar para sahabat akan Khutbah al-Haajah yang ucapannya adalah seperti berikut: Continue reading


Hati Ibarat TV

Siaran dari stesen televisyen sentiasa terpancar 24 jam.  Ada TV dapat terima siaran itu.  Ada yang tidak.  TV yang tidak dapat menerima siaran mungkin kerana TVnya rosak, salah setting atau mungkin TV itu berada dalam lingkungan yang tidak sesuai.

Begitulah kalau kita mahu ibaratkan hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH Ta`ala dan hati kita.

Hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH Ta`ala 24 jam ALLAH pancarkan kepada semua makhluq seluruh alam ini.  Tidak pernah berhenti.  Tidak pernah padam.  Tidak pernah kurang.  Tidak pernah lemah pancaran tersebut.  Betapa pemurahnya ALLAH.  DIA Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.  DIA tidak pernah mengantuk, apatah lagi tidur.

Masalahnya ialah pada hati kita.  Continue reading


Tokoh Segala Tokoh!

Di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang pagi tadi telah diadakan program ‘Tokoh Terbilang Ummat Islam’.  Di beberapa laluan utama sekolah tersebut telah digantung biografi dan gambar beberapa tokoh-tokoh terbilang ummat Islam sepanjang zaman.  Tahniah buat guru-guru dan para pelajar yang menjayakannya.  Moga-moga ia memberikan inspirasi buat para pelajar untuk mencontohi mereka semua, in shaa’ ALLAH.

Kehadiran saya ke sekolah tersebut adalah untuk memenuhi jemputan pihak sekolah untuk menyampaikan ceramah sebagai salah satu aturcara utama program tersebut.  Saya diminta untuk menyampaikan kepada para pelajar mengenai tokoh terbilang ummat Islam.  Terpulang kepada saya mahu memilih siapakah tokoh tersebut.  Setelah bermula dengan sedikit muqaddimah ucapan, saya bertanya kepada para pelajar:

“Apa sebabnya kita nak tahu pasal tokoh terbilang ummat Islam ni?  Apa kebaikannya?”  Soal saya bagi memecahkan sempadan saya dengan para pelajar sambil saya turun dari pentas berjalan ke arah mereka. Continue reading


Hadith Jariah “Di Mana ALLAH?” – Penjelasan Maulana Asri

Mudah-mudahan penjelasan Sheikh Maulana `Asri ini dapat meredakan sebilangan rakan-rakan penuntut `ilmu yang terlalu keras sesama ahlus sunnah wal jama`ah samada dari kalangan aliran salaf iaitu salafiyyah atau dari aliran khalaf iaitu `asya’irah dan maturidiah.

Kita semua adalah ahlus sunnah wal jama`ah.  Jangan terlalu berkeras dan saling menuduh sesama kita.  Depani khilaf sebagai khilaf.  Seharusnya kita saling mencintai kerana `aqidah kita sama.

Semoga ALLAH Ta`ala pelihara kita semua, amin…


Omar Series

Kali ini saya sekadar ingin memaklumkan mengenai drama bersiri bertajuk Omar Series yang pada saya sangat baik untuk ditonton oleh semua orang, khusus oleh ummat Islam.

Sebelum ini, saya ada mencatit secara ringkas latar belakang filem terkenal yang bertajuk ‘The Message’ yang menceritakan mengenai perjuangan dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Filem tersebut begitu menyentuh di jiwa saya ketika zaman remaja dulu.  Dan ia masih terkesan hingga kini.  Boleh baca catitan ringkas filem tersebut di sini: Continue reading


Cara Nabi SAW Membaca Al-Quran

Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia...

Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia…

Di dalam tulisan bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan kelebihan berkaitan Al-Quran.  Semoga dengannya kita semakin bersemangat untuk mendampingkan diri kita dengan Al-Quran, in shaa’ ALLAH.

Berikut ini pula diterangkan mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Tujuannya adalah supaya kita sama-sama meniru dan mengikuti cara yang terbaik ini, in shaa’ ALLAH.  Hadith-hadith adalah dipetik dari Syama’il Muhammadiyyah susunan al-Imam at-Turmudzi dan Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi – rahimahumallah. Continue reading


Boleh Nak Berqasidah, Tapi Awasi Unsur Yang Menyimpang

Saya tiada masalah dengan qasidah ‘ya hanana’ jika maknanya baik dan hanya sekadar berqasidah sahaja.  Kerana berqasidah ini seperti nasyid dan nyanyian-nyanyian yang lain.  Selagi liriknya baik dan tidak bercanggah dengan syariat maka diharuskan.  Dan jika ada pergerakan badan yang mengiringi qasidah, nasyid atau nyanyian juga saya dapat terima selagi tidak berlebihan.

Tetapi, jika gerakan tari itu sudah seragam bahkan seiras pula dengan tarian dari kumpulan tareqat yang telah diharamkan oleh ramai ulama, maka majlis-majlis qasidah ‘ya hanana’ ini hendaklah kita berhati-hati dengannya, malah dielakkan dari menghadirinya.  Banyak lagi majlis ilmu yang bermanfaat dan jelas untuk kita sertai. Continue reading


Celak Al-Ithmid

Sejak kebelakangan ini, kadang-kala saya merasakan pandangan mata saya agak kabur.  Saya tidak berkaca mata.  Sedikit sebanyak keadaan ini menyedarkan saya akan kesusahan orang lain yang kabur penglihatan mereka.  Mereka terpaksa menggunakan bantuan cermin mata untuk menjelaskan pandangan mata.

Betapa nikmat penglihatan mata sangat besar buat manusia.  Syukur kepada ALLAH, alhamdulillah.

Keadaan ini juga mengingatkan saya agar kembali menggunakan celak mata.  Sudah terlalu lama saya tidak mengenakan celak pada mata.  Semasa zaman belajar dulu, memang biasa menyapu celak sebelum tidur.  Tapi setelah masuk dunia pekerjaan hinggalah sekarang sedikit demi sedikit malas melakukannya dan akhirnya meninggalkannya langsung hingga kini. Continue reading


%d bloggers like this: