Celak Al-Ithmid

Sejak kebelakangan ini, kadang-kala saya merasakan pandangan mata saya agak kabur.  Saya tidak berkaca mata.  Sedikit sebanyak keadaan ini menyedarkan saya akan kesusahan orang lain yang kabur penglihatan mereka.  Mereka terpaksa menggunakan bantuan cermin mata untuk menjelaskan pandangan mata.

Betapa nikmat penglihatan mata sangat besar buat manusia.  Syukur kepada ALLAH, alhamdulillah.

Keadaan ini juga mengingatkan saya agar kembali menggunakan celak mata.  Sudah terlalu lama saya tidak mengenakan celak pada mata.  Semasa zaman belajar dulu, memang biasa menyapu celak sebelum tidur.  Tapi setelah masuk dunia pekerjaan hinggalah sekarang sedikit demi sedikit malas melakukannya dan akhirnya meninggalkannya langsung hingga kini.

Bercelak ialah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Saya membuka semula Syama’il Muhammadiyyah untuk mengulangkaji semula mengenainya dan menerbitkan semula semangat dalam diri ini agar kembali bercelak sebagaimana saranan junjungan mulia kita, sallAllahu `alaihi wa sallam.

Hadith Saranan Bercelak

Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

اكتحِلوا بالإثمِدِ، وإنه يَجْلُوا البصرَ ويُنْبِتُ الشَّعْرَ . وزعم أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم كانت له مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بها كلَّ ليلةٍ ثلاثةٌ في هذه وثلاثةٌ في هذه

“Bercelaklah kalian dengan celak Al-Ithmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”  (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu berkata:

كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يكتحِلُ قبل أن ينامَ بالإثمِدِ ثلاثًا في كل عينٍ

“Adalah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bercelak sebelum tidur dengan celak Al-Ithmid tiga kali pada setiap mata.”  (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Daripada Jabir bin `Abdullah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

عليكم بالإثمِدِ عند النومِ ، فإنَّهُ يجلو البصَرَ ، وينبِتُ الشَّعرَ

“Hendaklah kalian bercelak dengan celak Al-Ithmid ketika hendak tidur, kerana sesungguhnya ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”  (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Pengajaran ringkas daripada hadith di atas ialah:

  1. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam menggalakkan kita bercelak dengan celak Al-Ithmid.
  2. Faedah bercelak dengan celak Al-Ithmid ialah mencerahkan pandangan mata dan menumbuhkan bulu mata.
  3. Cara bercelak ialah dengan melakukannya sebelum tidur 3 kali sapuan pada setiap mata.

Antara celak yang didakwa jenis Al-Ithmid dalam pasaran.

Hati-hati Dengan Celak Lain

Di dalam pasaran ada macam-macam jenis celak dijual.  Yang terbaik tentulah celak Al-Ithmid kerana ia disarankan oleh insan pilihan ALLAH, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Adapun mengenai celak lain, ia tiada jaminan.  Malah ada yang telah dikeluarkan amaran oleh sesetengah pihak akan bahaya kandungan celak dari jenis tertentu.  Antaranya celak ini:

Celak ini banyak terjual di gerai-gerai.

Celak ini banyak terjual di gerai-gerai.

Dikatakan bahawa celak tersebut mengandungi plumbum yang tinggi.  Boleh baca di sini:

Pada Sunnah Ada Kejayaan

Akibat kecuaian saya dalam hal bercelak ini, maka saya telah ‘ditegur’ dengan kekaburan pandangan mata.  Hal ini menginsafkan saya.  Ada banyak lagi sunnah yang telah saya cuai melakukannya dan kejadian ini telah mengajak saya untuk bermuhasabah mengenainya.

Semua yang Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam lakukan, apatah lagi yang Baginda anjurkan, tentunya terdapat padanya hikmah yang sangat besar buat kita semua.  Tidak perlu kita hendak mengkaji atau mengesahkan akan kemujarabannya.  Kerana Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah disahkan oleh ALLAH Ta`ala sebagai contoh ikutan terbaik untuk manusia, khususnya yang mahukan redha ALLAH dan kebaikan pada Hari Akhirat.

In shaa’ ALLAH diri kita akan memperolehi kejayaan di dunia dalam bentuk kesihatan, kesejahteraan, kemakmuran, ketenangan, kesenangan dan sebagainya.  Dan di Akhirat nanti, kejayaan hakiki menanti semua yang iltizam dengan sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

muzir.wordpress.com

Advertisements

10 responses to “Celak Al-Ithmid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: