Boleh Nak Berqasidah, Tapi Awasi Unsur Yang Menyimpang

Saya tiada masalah dengan qasidah ‘ya hanana’ jika maknanya baik dan hanya sekadar berqasidah sahaja.  Kerana berqasidah ini seperti nasyid dan nyanyian-nyanyian yang lain.  Selagi liriknya baik dan tidak bercanggah dengan syariat maka diharuskan.  Dan jika ada pergerakan badan yang mengiringi qasidah, nasyid atau nyanyian juga saya dapat terima selagi tidak berlebihan.

Tetapi, jika gerakan tari itu sudah seragam bahkan seiras pula dengan tarian dari kumpulan tareqat yang telah diharamkan oleh ramai ulama, maka majlis-majlis qasidah ‘ya hanana’ ini hendaklah kita berhati-hati dengannya, malah dielakkan dari menghadirinya.  Banyak lagi majlis ilmu yang bermanfaat dan jelas untuk kita sertai.

Sheikh Hisyam Kabbani – Tokoh utama kumpulan tareqat yang telah difatwakan menyimpang dari ajaran Islam.

Apatah lagi apabila majlis itu (contohnya Mega Maulid 2013) dihadiri oleh seorang tokoh sebuah tareqat yang telah menyimpang dari ajaran sebenar Islam, iaitu Sheikh Hisyam Kabbani.

Beliau adalah tokoh utama dalam Tareqat Naqsyabandiah Sheikh Nazim al-Haqqani yang telah difatwakan sebagai menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.  Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq kepada beliau dan pengikut-pengikut beliau, amin.

Sila rujuk petikan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berikut:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

Sedikit perincian mengenai kesesatan Tareqat Naqsyabandiyyah Sheikh Nazim al-Haqqani boleh dibaca di sini, in shaa’ ALLAH:

Sebahagian rakaman majlis Mega Maulid 2013 yang menunjukkan Sheikh Hisyam Kabbani duduk di pentas utama majlis tersebut:

Ini pula gambar beliau dalam majlis tersebut (berjanggut putih):

Sekali lagi saya tekankan, boleh kalau hendak berqasidah, bernasyid atau menyanyi, tapi jagalah diri jangan sampai melampaui batas syariat dan awasilah terhadap unsur-unsur yang menyimpang aqidah yang benar.

Gigitlah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam kuat-kuat.  Bukannya sesuatu yang tidak ketahuan seperti majlis sebegini!

Semoga ALLAH Ta`ala memelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Boleh Nak Berqasidah, Tapi Awasi Unsur Yang Menyimpang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: