Tokoh Segala Tokoh!

Di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang pagi tadi telah diadakan program ‘Tokoh Terbilang Ummat Islam’.  Di beberapa laluan utama sekolah tersebut telah digantung biografi dan gambar beberapa tokoh-tokoh terbilang ummat Islam sepanjang zaman.  Tahniah buat guru-guru dan para pelajar yang menjayakannya.  Moga-moga ia memberikan inspirasi buat para pelajar untuk mencontohi mereka semua, in shaa’ ALLAH.

Kehadiran saya ke sekolah tersebut adalah untuk memenuhi jemputan pihak sekolah untuk menyampaikan ceramah sebagai salah satu aturcara utama program tersebut.  Saya diminta untuk menyampaikan kepada para pelajar mengenai tokoh terbilang ummat Islam.  Terpulang kepada saya mahu memilih siapakah tokoh tersebut.  Setelah bermula dengan sedikit muqaddimah ucapan, saya bertanya kepada para pelajar:

“Apa sebabnya kita nak tahu pasal tokoh terbilang ummat Islam ni?  Apa kebaikannya?”  Soal saya bagi memecahkan sempadan saya dengan para pelajar sambil saya turun dari pentas berjalan ke arah mereka.

“Untuk kita tahu sejarah hidup mereka!  Untuk tahu apa sumbangan mereka!  Untuk belajar dari mereka!  Untuk kita contohi mereka!  Bla!  Bla!”  Antara jawapan yang mereka berikan dari celah-celah tempat duduk mereka.

tokoh terbilang ummat islam

“OK bagus.  Betul.  Ya, untuk kita contohi mereka.”  Saya mengiyakan.

“Baik, agak-agaknya siapa tokoh gemilang ummat Islam yang kita nak bincang pada pagi ini?”  Saya mengajak mereka meneka.

“Imam Asy-Syafi”i! Yusuf al-Qaradawi! Abul A’la al-Maududi! Hassan al-Banna! Ibnu Kathir! Ibnu Qayyim!  Ibnu Taimiyyah! Bla! Bla!”  Berbagai-bagai jawapan keluar dari mulut mereka.

“Ma shaa’ ALLAH.  Benar mereka semua adalah tokoh terbilang ummat Islam.  Mereka hebat kerana apa?”  Saya bertanya.

“Kerana ilmu! Kerana usaha mereka!  Kerana sumbangan mereka! Kerana kebijaksanaan mereka! Bla! Bla!”  Sekali lagi mereka memberikan jawapan-jawapan yang bernas.

“Wahai adik-adik sekalian, benar.  Itu adalah benar.  Tapi, sebenarnya apa yang telah menjadikan mereka tokoh gemilang adalah kerana tokoh-tokoh tersebut telah mencontohi tokoh terbilang yang satu ini, mereka mahu menjadi seperti tokoh yang satu ini, mereka ikut sungguh-sungguh tokoh yang satu ini, mereka mahu tiru setiru-tirunya tokoh yang satu ini.  Siapa?  Tak lain dan tak bukan, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Nama-nama yang kalian sebut itu telah menjadi mulia kerana mereka telah berusaha mengikuti 100% ajaran Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.  Maka sebab itulah mereka menjadi terbilang kerana orang yang mereka telah ikuti ialah manusia yang sangat terbilang. Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam bukan sahaja tokoh terulung ummat Islam, bahkan tokoh terulung buat seluruh manusia dan sekalian alam.  Dan malah ALLAH Tuhan Sekalian Alam mengiktiraf Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai tokoh manusia terbaik!

Ikutlah dan contohilah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sebiji-sebiji kerana Baginda lah tokoh segala tokoh.  Induk segala tokoh terbilang.  Ayuh kita sembang-sembang tentang Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pada pagi ini supaya kita dapat ikuti dan turut dimuliakan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala lantaran kerananya…!

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam adalah tokoh terbilang ummat Islam, seluruh manusia dan alam semuanya.”  Saya menerangkan kepada mereka siapakah tokoh terbilang yang saya pilih dan sebabnya.

Slide pun bermula…!

Diselitkan beberapa gambar dan video.

Beberapa gambar dan video juga diselitkan.

Bercerita tentang sirah, sifat peribadi dan sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam lebih memuaskan hati berbanding bercerita tentang sejarah manusia-manusia lain.

Moga-moga para pelajar SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang yang saya kasihi semuanya mendapat manfaat hasil dari ceramah 2 jam tersebut.  Mudah-mudahan kami semua diberkati ALLAH Ta`ala, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: