Hati Ibarat TV

Siaran dari stesen televisyen sentiasa terpancar 24 jam.  Ada TV dapat terima siaran itu.  Ada yang tidak.  TV yang tidak dapat menerima siaran mungkin kerana TVnya rosak, salah setting atau mungkin TV itu berada dalam lingkungan yang tidak sesuai.

Begitulah kalau kita mahu ibaratkan hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH Ta`ala dan hati kita.

Hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH Ta`ala 24 jam ALLAH pancarkan kepada semua makhluq seluruh alam ini.  Tidak pernah berhenti.  Tidak pernah padam.  Tidak pernah kurang.  Tidak pernah lemah pancaran tersebut.  Betapa pemurahnya ALLAH.  DIA Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.  DIA tidak pernah mengantuk, apatah lagi tidur.

Masalahnya ialah pada hati kita. 

Jika hati kita rosak, salah setting atau jika kita duduk bersama orang-orang yang salah dan tidak sesuai, maka sukarlah mendapat hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH. Sukarlah untuk berubah kepada kebaikan yang diredhai ALLAH.

Tetapi jika hati elok, bersih, suci, betul settingnya dan duduk pula di kalangan orang-orang yang soleh, maka in shaa’ ALLAH mudah dan jelaslah hidayah, taufiq dan hikmah itu masuk dalam diri kita.  Lalu berubah menjadikan kita hambaNYA yang bertaqwa serta istiqamah dengannya.

ALLAH melihat pada hati kita...

ALLAH melihat pada hati kita…

Ayuh sama-sama kita perbaiki hati kita.  Kerana di situlah tempat nilaian ALLAH kepada setiap manusia.  Redha ALLAH lah yang kita dambakan.

*Ini hanyalah sekadar ibarat sahaja.  Untuk membuka minda dan pemahaman melalui ibarat.  Hakikatnya, laisa kamithliHI shai’un!

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: