Sabtu lepas, 22/6/2013 telah diadakan Jubli Perak SMAKL-SMKAKL sempena ulangtahunnya yang ke-25 tahun. Alhamdulillah. Dapat bersua dengan rakan-rakan lama dan juga guru-guru yang pernah berbakti pada diri ini. Semoga ALLAH memelihara kami semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
- Laman Facebook sempenan program tersebut: https://www.facebook.com/SMAKLSilverJubilee
Balik dari program tersebut, terasa pulak dalam hati ini ingin berkongsi di blog ini akan sedikit barang yang masih dalam simpanan saya yang mempunyai kaitan dengan SMAKL, sekadar bernostalgia dengan rakan-rakan lama yang mungkin tersinggah ke laman yang dhaif ini. Ini dia, hehe… :
Jika diikutkan hati, ingin rasanya berkongsi sekali foto-foto lama semasa belajar di SMAKL sekitar 1990-1992 dahulu dan dipaparkan di laman ini untuk tatapan semua. Tapi, tak perlulah rasanya sampai begitu sekali. Cukuplah ia tersimpan di dalam album gambar buat kenangan peribadi.
Perkara yang lalu bukan untuk dikenang. Tetapi untuk ia diambil iktibar dan bekal ilmu serta pengalaman menempuh jalan di hadapan.
Berilmu – Beramal – Berbakti.
Leave a Reply