Monthly Archives: July 2013

Facebook – Poster Baik Punya!

Dijemput tuan/puan yang mempunyai akaun Facebook ke laman Facebook Page berikut dan silalah klik ‘LIKE’:

In shaa’ ALLAH, di sana terdapat banyak poster/wallpaper yang bermesejkan kebaikan dan Islami dengan tema yang pelbagai.

Poster2 Islami

Dijemput salin dan sebarkan kepada ahli keluarga, rakan dan taulan.  Elok juga jika poster/wallpaper tersebut dicetak dan ditampal di surau/masjid/sekolah/rumah/pejabat untuk tujuan dakwah.

Semoga usaha tuan/puan menyebarkannya dikira oleh ALLAH Ta`ala sebagai hasanah dan diganjari olehNYA, amin…

muzir.wordpress.com


Kenapa Al-Quran Diturunkan?

DSC_0235

Dapatkah tujuan Al-Quran diturunkan itu tercapai jika kita membacanya dengan tanpa memahami maksudnya?

Di dalam Al-Quran telah disebutkan secara jelas mengapa Al-Quran diturunkan.  Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang menerangkan antara tujuan ia diturunkan untuk kita sama-sama hayati:

1.  Petunjuk bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari ALLAH dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

(Surah al-Baqarah, 2:2) Continue reading


Siapakah Wahabi?

Berikut adalah beberapa penerangan ringkas oleh tokoh-tokoh agama negara kita untuk kita sama-sama merungkai akan persoalan yang agak ligat berlegar dalam masyarakat sejak dulu hingga kini iaitu mengenai Wahabi.

Siapakah Wahabi?  Nah, tonton dan dengarlah video berikut dengan hati yang terbuka: Continue reading


“ALLAH Sedang Menguji Aku…”

Jika tuan/puan tiba-tiba didatangi perasaan malas untuk melakukan ibadah;

Atau tiba-tiba bertembung dengan musibah;

Atau tiba-tiba ada aral yang melintangi usaha baik tuan/puan;

Atau mendapat suatu berita/pemberian yang menyenangkan;

Atau tatkala menggunakan suatu kemudahan;

Maka bisikkanlah dalam hati berkali-kali:

“ALLAH sedang menguji aku…”

Dengan menyedarkan diri sendiri bahawa ia adalah suatu ujian, in shaa’ ALLAH, kita akan cenderung untuk memilih pilihan yang boleh membuatkan kita berjaya ujian tersebut.  Kita tidak akan mahu gagal. Continue reading


Perkuburan al-Baqi` (البقيع)

Perkuburan al-Baqi` (البقيع) yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi` (جنة البقيع) adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah.  Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi.

Kawasan ini telah dijadikan sebagai tanah perkuburan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`.  Qadhi `Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa Imam Malik mengatakan seramai 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan di perkuburan Baqi`.

Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar pada lewat malam untuk menziarahi kawasan perkuburan ini serta mendoakan keampunan buat penghuni-penghuni kubur.

DSC_0819

Perkuburan al-Baqi`

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu: Continue reading


Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Continue reading


Pondok Soal Jawab Agama

DSC_0939

Pondok No. 8

Syahdu dan terharu di hati apabila melalui pondok kecil ini.

Bukan kerana terlihatkan pondok tersebut.  Tetapi kerana fungsinya. Continue reading


Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

DSC_0777

280613 – Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0844

300613 – Tadarus al-Quran di Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0901

010713 – Masjid al-Haram, Makkah – Sheikh Saleh Fauzan al-Fauzan

DSC_0919

020713 – Masjidil Haram, Makkah.

DSC_0938

050713 – Masjidil Haram, Makkah – Sheikh Soleh bin Muhammad al-Luhaidaan

Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu katanya, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Continue reading


%d bloggers like this: