Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

DSC_0777

280613 – Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0844

300613 – Tadarus al-Quran di Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0901

010713 – Masjid al-Haram, Makkah – Sheikh Saleh Fauzan al-Fauzan

DSC_0919

020713 – Masjidil Haram, Makkah.

DSC_0938

050713 – Masjidil Haram, Makkah – Sheikh Soleh bin Muhammad al-Luhaidaan

Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu katanya, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

إذا مررتم برياضِ الجنَّةِ فارْتعُوا.  قالوا : وما رياضُ الجنةِ ؟  قال :  حِلَقُ الذِّكْرِ

“Apabila kalian melalui (bertemu) taman-taman syurga maka hendaklah kamu berhenti menikmatinya.  Para sahabat bertanya:  Apakah dia taman-taman syurga tersebut?  Baginda bersabda:  Majlis-majlis ilmu.”

(HR at-Turmudzi)

Ma sha’ ALLAH.  TabarakALLAH.

Masing-masing senyap, tekun dan khusyuk mendengar sheikh menyampaikan ilmu.  Tiada jenaka, hiburan dan emosi, melainkan tumpuan penuh dari hati.  Mendatar sahaja suasananya.  Masing-masing pegun.  Fokus hanya kepada bicara sheikh untuk ditangkap ilmu itu dan dimasukkan ke dalam hati masing-masing.

Ada beberapa halaqah seperti gambar di atas dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.  Terpulang kepada masing-masing mahu sertai majlis yang mana satu.  Yang hadir adalah yang benar-benar mahu mendengar dan belajar.  Para hadirin disegarkan hati mereka dengan kalam-kalam sheikh yang sarat dengan nas dari al-Quran dan as-Sunnah.

Cara penyampaian antara satu majlis dengan satu majlis adalah berbeza.  Ada yang caranya seorang murid baca hadith satu per satu dan sheikh menghuraikannya.  Ada yang caranya macam ceramah yang biasa kita lihat di negara kita, yakni sheikh terus menyampaikan nasihatnya.  Ada juga yang caranya sheikh membaca hadith-hadith dan yang hadir hanya dengar, yakni seperti majlis sama` hadith.

Yang paling menarik ialah di hujung majlis-majlis tersebut, biasanya akan ada sesi soal-jawab.  Soalan-soalan biasanya dibaca oleh seorang murid.  Murid tersebut akan membaca kiriman-kiriman soalan yang diterimanya lalu disusuli dengan jawapan daripada sheikh.  Jawapan daripada sheikh biasanya ringkas tetapi padat dan jelas.

Semoga ALLAH memberkati para penyampai dan pencinta ilmu.

muzir.wordpress.com


2 responses to “Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

  • Anonymous

    Subhanallah. Ustaz pernah pergi majlis ilmu kat sana ke? ini gambar yang ustaz ambil?

    Like

    • Shahmuzir

      Alhamdulillah. Ya, gambar ni saya ambil sebahagian majlis sahaja. Ada yang majlis2 lain saya tak ambil gambar.

      Saya cuma ambil pesan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam sahaja. Nabi pesan kalau nampak taman syurga, sertailah. Jadi saya sertailah… 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: