Pondok Soal Jawab Agama

DSC_0939

Pondok No. 8

Syahdu dan terharu di hati apabila melalui pondok kecil ini.

Bukan kerana terlihatkan pondok tersebut.  Tetapi kerana fungsinya.

Pondok ini selalu disinggahi orang.  Di situ selalu diedarkan secara percuma buku-buku kecil yang mengandungi dzikir dan doa-doa yang thabit dari sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, iaitu Hisnul Muslim dan Al-Adzkar An-Nabawiyyah.

Dan yang lebih mengujakan ialah apabila kedengaran suara lelaki dari pondok tersebut.  Suara tersebut dipancarkan melalui corong pembesar suara dan dapat didengari oleh orang yang lalu-lalang.

Dapat diketahui daripada suara tersebut bahawa lelaki tersebut sedang memberikan nasihat dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang ramai yang singgah ke pondok tersebut.  Lelaki dan perempuan sama-sama mendapat peluang bertanya melalui tingkap pondok yang diasingkan antara lelaki dan perempuan.  Dan soalan dijawab dengan ringkas tetapi padat.  SubhanALLAH!

DSC_0933

Seorang pegawai sedang menjawab soalan-soalan agama daripada orang ramai.

Betapa jelas kebaikan terzahir dari usaha sebegini.  Bukan sahaja dapat membantu jemaah umrah, haji dan yang menziarahi masjidil haram keluar dari ragu-ragu dan permasalahan feqh, bahkan menyuburkan suasana ilmu ke jalan-jalan yang sibuk dilalui orang.  Ma shaa’ ALLAH!

Moga-moga suasana ilmu seperti ini merebak ke seluruh alam, khususnya ke negara tercinta – Malaysia, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Pondok Soal Jawab Agama

  • Che Ki

    assalamualaikum wbrth..
    bila tgk kpd gmbar2 & keterangan ni, terasa byk perkara yg sy terlepas..rugi sgt2.. bgnan yg ada pameran tu sy ada nmpak, tp sy x singgah pun sbb ingatkan bgnan biasa2 je, yg pondok kecil tu pun sy xtahu fungsinya.. ya Allah, ruginya x ambil peluang yg diberikan masa tu. tau tgk je..hmmmm… kalau saudara ada info2 @ gmbar2 lain lg berkenaan keadaan di tanah suci mekah / madinah, sudi2kanlah share di sini ya.
    :. Rindukan Baitullah .:

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: