Monthly Archives: August 2013

Gambar Jenazah Tersenyum / Ketawa

Hati mukmin mana yang tidak cemburu apabila mendapat tahu seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.  Apatah lagi apabila dibuktikan dengan foto-foto.  Kadang-kadang tersebar di dalam masyarakat akan foto orang yang meninggal dunia dalam keadaan tersenyum atau riak wajahnya seakan-akan sedang ketawa.  SubhanALLAH!

Tapi awas!  Jangan terlalu cepat percaya dan menyebarkannya.  Lebih mendatang kerisauan jika ada yang menyebarkan foto-foto tersebut lalu mengaitkannya dengan kebenaran Islam.  Kenapa?  Lihat gambar berikut: Continue reading

Advertisements

Inilah Jadinya Kalau Lihat Hanya Sebelah Perspektif

Video-video ini boleh menjadi pengajaran buat kita mengapa kita boleh tersilap apabila melihat hanya dari sebelah perspektif sahaja.  Kita boleh tersilap dalam melontarkan pandangan dan membuat kesimpulan jika hanya melihat dari satu sudut sahaja.  Bukan sahaja kita boleh tersalah, bahkan perbuatan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan apabila kita mula menuduh dan menyalahkan pihak lain sebelum dibuat tinjauan yang lebih meluas.

Sila tonton video menarik ini: Continue reading


Isu Ummat Islam: Ambil Tahu – Doa – Sumbang

AMBIL TAHU & TURUT MERASAI

Dari an-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: Continue reading


Kubur Tanpa Binaan Menepati Syariat Islam

Memandang kawasan perkuburan ini mengingatkan saya akan Perkuburan al-Baqi di Madinah. Tentu sesiapa yang pernah ke Madinah tidak melepaskan peluang melawat kawasan perkuburan tersebut kerana ia betul-betul terletak di tepi Masjid an-Nabawi (baca di sini mengenai Perkuburan al-Baqi`).

Cuba lihat pemandangan kawasan-kawasan perkuburan berikut yang letaknya di Marang, Terengganu:

DSC_0068

Tanah perkuburan Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu.

DSC_0070

Kubur-kubur ditanda semula dengan batu-batu nisan yang baharu.

Kawasan perkuburan dalam gambar berikut pula masih dalam keadaan asli: Continue reading


Kita Terbalik Di 10 Akhir Ramadhan!

Slide13
Slide14
 
Kita terbalik di 10 akhir Ramadhan.
 
Sepatutnya di akhir 10 ini kita semakin kuat beribadah,
tapi sayangnya kita semakin kuat pula membeli belah.
 
Sepatutnya kita semakin sedih dan hiba,
tapi kita semakin datang rasa gembira pula. Continue reading

%d bloggers like this: