Kubur Tanpa Binaan Menepati Syariat Islam

Memandang kawasan perkuburan ini mengingatkan saya akan Perkuburan al-Baqi di Madinah. Tentu sesiapa yang pernah ke Madinah tidak melepaskan peluang melawat kawasan perkuburan tersebut kerana ia betul-betul terletak di tepi Masjid an-Nabawi (baca di sini mengenai Perkuburan al-Baqi`).

Cuba lihat pemandangan kawasan-kawasan perkuburan berikut yang letaknya di Marang, Terengganu:

DSC_0068

Tanah perkuburan Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu.

DSC_0070

Kubur-kubur ditanda semula dengan batu-batu nisan yang baharu.

Kawasan perkuburan dalam gambar berikut pula masih dalam keadaan asli:

DSC_0084

Tanah perkuburan Kampung Temiang Hulu, Marang, Terengganu.

DSC_0083

Pandangan dari sudut lain.

Lain-lain tanah perkuburan sekitar daerah ini juga mempunyai pemandangan yang sama.  Iaitu kebanyakan kubur-kuburnya hanya ditanda dengan batu sungai atau batu bukit sebagai batu nisan.  Tanpa binaan di atasnya sebagaimana yang biasa kita lihat di lain-lain tempat.  Malah tidak kelihatan tulisan pada batu-batu nisan tersebut.  Samada memang tidak ditulis atau sudah terpadam.  Memang persis pemandangan Perkuburan al-Baqi` di Madinah (lihat gambar di sini).

Melihat kepada keadaan kubur-kubur tersebut, dapat diketahui bahawa ia kubur-kubur lama penduduk tempatan yang mungkin sudah puluhan tahun bersemadi di situ.  Maknanya memang sudah lama masyarakat kita mengebumikan orang yang sudah meninggal dunia dengan cara begitu.  Iaitu tanpa binaan-binaan di atas kubur.  Kubur almarhum ayah saya, tok dan moyang di Perak juga tanpa binaan di atas kubur mereka.

Ia suatu pemandangan yang jarang kelihatan di mana-mana kawasan perkuburan di negara kita mutakhir ini.  Kebanyakan kawasan perkuburan kini telah banyak didirikan binaan batu, marmar atau simen di atas kubur.  Ia seakan menjadi trend umat Islam di banyak tempat di rantau ini.  Malah ada yang sampai menghias dan mencantikkan kubur ahli keluarga mereka lantaran cinta mereka kepada ahli keluarga yang telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Jadi mana datang budaya membina binaan di atas kubur yang selalu kita lihat tanah-tanah perkuburan sekitar rantau ini?

Faktor

Saya terfikir tiga faktor kenapa ia terjadi.  Iaitu kejahilan agama, kelebihan harta dan trend masyarakat.

Walaupun faktor kejahilan agama merupakan faktor utama, namun faktor kelebihan harta adalah faktor yang kuat menyucuk ke sanubari saya ketika melalui kawasan perkuburan tersebut.  Kerana kejahilan agama sudah pun diusahakan untuk mengubatinya dengan ceramah-ceramah agama, tadzkirah dan kuliah oleh para ilmuan dan pendakwah.  Namun peringatan itu telah dilupakan lantaran harta yang melimpah.  Semakin melupakan mereka apabila ia sudah menjadi trend di kubur-kubur di mana-mana pun.

Betapa harta selalu menjadi fitnah buat manusia.  Harta selalu menjadikan kita kelabu agama.   Ia mendorong kita melanggar peraturan agama sekiranya kita tidak berwaspada.

Lihat sahaja hal mengenai kubur ini.  Orang-orang kampung yang dulu tidak berharta dan hanya menggunakan harta untuk keperluan penting kehidupan telah tidak memperuntukkan apa-apa untuk kubur ahli keluarga mereka.  Mereka kebumikannya, menandakannya dengan batu dan tidak membina binaan tambahan sebagai memuliakan atau mengingati ahli keluarga mereka yang telah pergi selama-lamanya.  Mereka meneruskan kehidupan dengan harta yang berbaki ada untuk perkara-perkara yang perlu dan utama serta yang lebih mendesak.

Tetapi masyarakat yang mempunyai kelebihan harta telah melanggar kebiasaan ini.  Bukan sahaja rumah dan pejabat mereka hias dengan pelbagai hiasan, bahkan di kubur juga dihias dengan pelbagai perhiasan, ukiran dan binaan.  Betapa harta telah menarik manusia kepada yang sia-sia, bahkan kepada perkara-perkara dosa!  Maka berhati-hatilah.

Hukum Membina Binaan Di Atas Kubur

Ayuh kita lihat apakah pandangan agama terhadap perbuatan membina binaan di kuburan.  Supaya kelebihan harta yang dimiliki oleh masyarakat kita dipandu dengan ilmu dan bukannya nafsu.  Dan supaya trend salah masyarakat diperbetulkan.  Tidak ada cara lain untuk mengubatinya melainkan dengan ilmu dan peringatan yang disampaikan secara berterusan.  Selebihnya hidayah dan taufiq ALLAH lah kita mohon buat diri kita dan umat.

Mengenai larangan membina binaan di kuburan telah thabit dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Dari Jabir radhiAllahu `anhu, katanya:

نهى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أن يُجصَّصَ القبرُ . وأن يُقعَدَ عليه . وأن يُبنى عليه

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam melarang untuk kubur dikapur, duduk di atasnya dan membina binaan di atasnya.”

(HR Muslim)

Merujuk kepada hadith di atas, para ulama telah pun selalu menasihati umat Islam agar tidak mendirikan binaan di atas kuburan.  Dan majlis agama Islam di negara kita juga telah pun mengeluarkan fatwa mengenainya sebagai ingatan dan panduan umat Islam di negara ini.

(1)  Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor (rujuk Kertas Kerja Seminar Perkuburan):

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa haram hukumnya membina binaan kekal di atas tanah wakaf kuburan.  Ahli Jawatankuasa masjid juga mengikut budi bicaranya boleh merobohkan binaan tersebut jika ada keperluan untuk mengkebumikan jenazah, sedangkan sudah tiada lagi ruang untuk mengkebumikan jenazah yang baru.

(2)  Fatwa Negeri Kedah (rujuk e-fatwa):

i) Makruh hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.

ii) Haram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.

Semoga coretan ini dapat mengetuk hati-hati kita semua agar kembali kepada ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Baginda melarang kita membuat binaan di kubur, maka larangan itu hendaklah kita jauhi semampu mungkin.  Jika kita terpaksa berasa asing dengan melaksanakannya, biarlah!  Kerana berasingan seseorang itu disebabkan oleh dia mengikuti sunnah adalah kebahagiaan buatnya pada Hari Akhirat nanti.

Semoga hidayah dan taufiq ALLAH memandu kita semua dalam perjalanan di dunia ini.  Sampai masuk ke kubur.  Sampai bertemu ALLAH Jalla wa A`la, amin…

muzir.wordpress.com


3 responses to “Kubur Tanpa Binaan Menepati Syariat Islam

  • aisha

    terima kasih berkongsi ilmu.. 🙂

    Like

  • mat ramlee

    kita disunatkan ziarah kubur,,tetapi macam mana kita nak kenal pasti kubur kubur arwah??kalau ia bertanda memudahkan wari waris datang ziarah..yang haram adalah binaan yang melampau lampau yang di cat warna putih,mengukir atau meletakan ayat ayat Al Quran di atas binaan kubur atau batas,atau batu nisan..

    Like

    • Shahmuzir

      Benar, kita disunatkan untuk menziarahi kubur. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam selalu menziarahi kubur pada waktu malam dan mengucapkan kesejahteraan serta mendoakan keampunan buat penghuni kubur.

      Ziarah di sini bukan maksudnya untuk ziarah ‘mengeratkan silaturrahim’ sampai nak kena ziarah kubur si polan bin si polan atau ahli keluarga tertentu. Tujuannya ialah untuk menginsafkan diri, mengingatkan diri sendiri akan mati dan mendoakan kebaikan buat orang2 yang telah pergi. Untuk tujuan ini, tak perlu ziarah kubur ahli keluarga. Ziarah kubur mana2 pun terhasil objektifnya.

      Jika saudara mahu mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga yang telah ‘pergi’, tak perlu kepada ziarah sebenarnya. Cukup dengan doa sahaja. Sampailah maksud itu, in shaa’ ALLAH. Jenazah yang jasadnya tidak ditemui dan ditanam merata tempat tanpa kubur juga beroleh manfaat daripada doa saudara.

      Nabi dah kata sesuatu mengenai kubur di dalam hadithnya, orang beriman sifatnya “sami`na wa ata`na”.

      Allahu A`lam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: