Inilah Jadinya Kalau Lihat Hanya Sebelah Perspektif

Video-video ini boleh menjadi pengajaran buat kita mengapa kita boleh tersilap apabila melihat hanya dari sebelah perspektif sahaja.  Kita boleh tersilap dalam melontarkan pandangan dan membuat kesimpulan jika hanya melihat dari satu sudut sahaja.  Bukan sahaja kita boleh tersalah, bahkan perbuatan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan apabila kita mula menuduh dan menyalahkan pihak lain sebelum dibuat tinjauan yang lebih meluas.

Sila tonton video menarik ini:

Perkongsian ini sekadar hendak mengajak kita semua agar jangan terlalu cepat percaya dan menghukum.

Lihatlah sesuatu isu dari bermacam arah dan perspektif.  Dengar, baca dan minta pandangan pihak lain.  In shaa’ ALLAH, kita akan lebih memahami sesuatu keadaan, keputusan kita akan lebih hikmah, cara kita menanganinya lebih tepat dan yang lebih penting ialah kita dapat mengelakkan diri kita dari menzalimi orang lain disebabkan sikap terburu-buru kita.

Ibarat Kiub Yang Bermacam Warna

Tambahan kepada video di atas, kita boleh ibaratkan sesuatu isu atau perkara seperti sebuah kiub yang mempunyai bermacam warna permukaannya seperti di bawah:

rubiks-cube

Orang yang hanya berdiri dan melihat dari arah permukaan yang berwarna merah akan mengatakan kiub ini berwarna merah.  Dia akan bertegas mengatakan ia berwarna merah dan pasti akan menyanggah orang yang mengatakannya berwarna biru, kuning, hijau dan sebagainya.  Begitulah juga orang yang hanya berdiri dan melihat dari arah biru dan kuning sahaja.

Tetapi jika mereka masing-masing meninjau dari arah lain, melihat dari perspektif yang berbeza, nescaya mereka akan sedar bahawa kiub tersebut bukanlah hanya berwarna merah, biru, kuning atau hijau sahaja.  Dan mereka akan mulai faham mengapa orang lain mengatakannya berwarna biru sedangkan dia lihat berwarna merah.  Dia akan mulai terbuka, mulai meraikan keintelektualan orang lain dan mulai sedar hakikat sesuatu perkara.

Itulah hakikat kebanyakan isu dan perkara yang berlegar di dalam masyarakat kita.  Kita tidak boleh terlalu cepat percaya, membuat kesimpulan, telahan dan melatah.  Apatah lagi untuk menghukum dan menghentam.  Kita akan tersilap.  Dan selalunya kita tersilap.  Inilah jadinya kalau kita hanya melihat dari sebelah perspektif sahaja.

Bahaya Tidak Selidik & Terburu-buru Bercakap

Apatah lagi dengan wujudnya amaran dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai bahaya bertindak dan bercakap mengenai sesuatu isu atau perkara tanpa diselidik terlebih dahulu seperti hadith di bawah.  Lagilah wajar untuk kita berwaspada.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ, مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا ,يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ, أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

“Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi kerana mengucapkan sesuatu perkataan, yang tidak difikirkan/diselidiki terlebih dahulu membuatkannya tergelincir ke dalam Api Neraka, yang luasnya lebih jauh dari timur dan barat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Moga-moga tulisan ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk menyedarkan kita semua dalam berhati-hati dan memperbaiki cara kita merespon kepada sesuatu isu, in shaa’ ALLAH.

muzir.wordpress.com

*Baca juga:

Advertisements

3 responses to “Inilah Jadinya Kalau Lihat Hanya Sebelah Perspektif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: