Isu Ummat Islam: Ambil Tahu – Doa – Sumbang

AMBIL TAHU & TURUT MERASAI

Dari an-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, saling berkasih sayang dan saling kasihan-mengasihani adalah seperti satu tubuh. 

Yang mana apabila ada salah satu anggota tubuh mengaduh kesakitan, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakannya iaitu tidak dapat tidur dan demam.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

Hadith di atas menunjukkan kepada kita mengenai tanda aras orang-orang beriman yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Kehilangan prihatin dan perasaan terhadap keadaan buruk yang menimpa ke atas ummat Islam di sekeliling kita samada di dalam atau di luar negara menunjukkan kepada kita betapa sepinya perasaan berkasih sayang sesama ummat yang beriman kepada ALLAH.

Sepatutnya tanda ini menyedarkan kita semua.  Betapa ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang menyuruh kita saling berkasihan telah semakin pudar.  Sebab itulah kita kehilangan rasa peka terhadap nasib yang menimpa saudara seaqidah kita.  Dan keadaan ini mununtut kita agar ia dipulihkan semula .

Situasi yang berlaku mutakhir ini tidak boleh kita abaikan dari mengambil tahu akan perkembangannya.  Ummat Islam di Palestin, Rohingya dan Syria belum pun habis puas dilanyak oleh orang-orang yang zalim, kini Mesir pula mendapat giliran dibantai semahunya.  Hak mereka diambil, maruah mereka dicabul dan jiwa mereka dibunuh.

Kita tidak boleh menjadikan “tidak tahu” sebagai alasan.  Berita mengenai ummat Islam di seluruh dunia hendaklah diambil tahu.  Apatah lagi zaman ini adalah zaman internet, zaman Facebook.  Maklumat cukup bebas boleh diperolehi.

Buat sesiapa yang mempunyai akses kepada Facebook, banyak laman yang boleh kita ikuti dalam usaha untuk mengambil tahu dan mengemaskini mengenai perkembangan ummat Islam di seluruh dunia, antaranya seperti berikut:

Lazimilah laman-laman di atas.  Apabila tuan/puan menekan LIKE pada laman-laman tersebut, in shaa’ ALLAH HOME / News Feed Facebook tuan/puan akan dibarisi dengan berita-berita, foto dan video terkini dari laman tersebut secara otomatik.

Tidak cukup dengan ambil tahu, hendaklah kita susulinya dengan berdoa kepada ALLAH semoga ummat Islam di seluruh dunia diberikan keampunan, dikuatkan kesabaran, ditetapkan iman, dikurniakan hidayah dan taufiq oleh ALLAH serta diberikan pertolongan olehNYA.  Tambahan kepada itu, hulurkanlah sumbangan mengikut kemampuan masing-masing samada dalam bentuk tenaga, harta, wang, penyebaran maklumat atau dalam bentuk-bentuk lain yang bermanfaat.

Itulah antara usaha minima yang boleh kita lakukan.

“Ambil tahu – Doa – Sumbang”

حسبنا الله ونعم الوكيل

Cukuplah bagi kami ALLAH dan DIA lah sebaik-baik diserahkan urusan.

muzir wordpress.com

Advertisements

3 responses to “Isu Ummat Islam: Ambil Tahu – Doa – Sumbang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: