Amaran Buat Pemimpin Yang Menipu Rakyatnya

Amaran Buat Pemimpin!

Amaran Buat Pemimpin!

Dari Ma`qil bin Yasaar (معقل بن يسار) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

ما من والٍ يلي رعيةً من المسلمين ، فيموتُ وهو غاشٌّ لهم ، إلا حرَّمَ اللهُ عليه الجنةَ

“Tidaklah seorang pemimpin yang memimpin rakyat dari kaum muslimin, lalu dia mati dalam keadaan dia mengkhianati/menipu mereka, kecuali ALLAH akan mengharamkan baginya Syurga.”

(HR al-Bukhari)

Hadith di atas adalah amaran yang keras kepada semua yang bergelar pemimpin!

Sebelum kita melihat kepada pemimpin yang lebih tinggi kedudukannya dalam masyarakat, seharusnya kita bebankan dahulu amaran ini ke atas diri kita sendiri kerana kita juga adalah pemimpin kepada orang bawahan kita.

Semakin besar pangkatnya sebagai pemimpin dan tingginya dia dalam hirarki masyarakat, maka semakin beratlah amaran ini sepatutnya ditanggung olehnya.  ‘Haram masuk ke Syurga’ bukan amaran sembarangan.  Ia amaran keras yang teramat keras!  Justeru, bertaqwalah wahai para pemimpin semua.

Semoga ALLAH menyelamatkan kita dari Neraka dan memasukkan kita semua ke Syurga, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: