Monthly Archives: November 2013

Ucapan “جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا” (JazakAllahu khairan)

Ucapan “terima kasih”, “thank you”, “syukran” atau lain-lain ucapan bagi menyatakan penghargaan kepada pemberian atau perbuatan baik orang lain terhadap kita adalah suatu ucapan yang baik.  Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian dari ajaran Islam.  Ya, Islam menganjurkannya.  Bahkan Islam menganjurkan ummatnya membalas kebaikan tersebut.

Ucapan Yang Lebih Baik

Mahukah tuan/puan tahu suatu ucapan yang lebih baik dari ucapan-ucapan di atas?

Dari Usamah bin Zaid radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Continue reading

Advertisements

Barisan Jemaah Gerakan Islam Mesti Hanya Yang Bersih Aqidah Mereka!

Tatkala membaca kitab terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum pada helaian yang ke-422 lama dulu, qalbu saya tiba-tiba diserbu ingatan terhadap keadaan gerakan Islam yang ada di Malaysia.  Bukan tidak pernah mengalaminya semasa membaca kisah pada helaian-helaian sebelumnya, cuma pada episod ini ia sangat kuat menerjah ke qalbu.  Terutama ketika membaca ayat ALLAH berikut:

مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:  “ALLAH tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).  Dan ALLAH tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi ALLAH memilih dari Rasul-NYA sesiapa yang dikehendaki-NYA (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-rasul-NYA; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.”

(Surah Aali `Imran, 3:179) Continue reading


Qari Kegemaran Saya

Qari kegemaran saya ialah:

  1. Sheikh Mahmud Khalil al-Husory (محمود خليل الحصري)
  2. Sheikh Sa`ad Sa`id al-Ghamidi (سعد سعيد الغامدي)
  3. Sheikh Abdul Rahman as-Sudais (عبد الرحمن السديس)
  4. Sheikh Mishary Rashid al-Afasi  (مشاري بن راشد العفاسي)

Berikut adalah beberapa video bacaan mereka dari youtube: Continue reading


Anak-anak, Inilah Agenda Utama Cuti Sekolahmu!

Cuti sekolah sudah bermula!

Kepada anak-anak, manfaatkanlah tempoh ini untuk berbakti kepada ibubapa.  Biasanya kalau waktu persekolahan kebanyakan ibubapa akan melepaskan anak-anak dari disibukkan dengan kerja-kerja rumah disebabkan oleh kasihan kerana melihat anak-anak yang sudah seharian kepenatan di sekolah.  Ditambah lagi dengan tugasan anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah.  Ibubapa faham hal ini.

Jadi, atas kelapangan yang ada sempena cuti sekolah ini, ambillah peluang untuk berbakti kepada ibubapa.  Gembirakanlah ibubapa dan ringankanlah beban mereka.  Antara yang anak-anak boleh lakukan ialah mengemas rumah, sapu sampah, lap tingkap, lap kipas, gosok lantai, cuci tandas, lipat serta kemas pakaian, susun atur perabot serta perhiasan rumah, buang habuk di siling, berkebun, urut mak ayah, hiburkan mereka dan sebagainya. Continue reading


Tawadhu`nya Nabi SAW

Perbuatan kepada orang lain.

Perbuatan kepada orang lain.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain.  Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.

Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa.  Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.  Continue reading


Nostalgia Berforum di Al-Ahkam.net

Malam ni perasaan saya tiba-tiba didatangi nostalgia ketika berforum siber di al-Ahkam.net.  Saya tak ingat bilakah dan bagaimanakah saya boleh mengenali forum siber tersebut?  Tapi melaluinya terlalu banyak yang telah saya belajar dan kenal.

Umur 20-an saya banyak mengutip mutiara dari situ.  Di sana saya belajar mengendurkan jumud, meleraikan ego, memperluaskan pandangan, menerima perbezaan dan meraikan pendapat pihak lain.  Dan di situlah juga saya didedahkan dan semakin kenal dengan manhaj beragama yang patut dipilih oleh seseorang muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.  Alhamdulillah, segala pujian milik ALLAH.

Ruangan forum yang dulunya panas (mungkin tahun 2000-2009) dengan perbincangan ilmiah sudah tiada lagi di laman tersebut.  Ia kini ditampilkan menarik dengan cara yang tersendiri.  Jemputlah lawat!  

Laman web al-Ahkam.net:  

Versi 1998 yang pada asalnya tiada ruangan forum juga:   Continue reading


Konvensyen Sunnah 2013 di Shah Alam – 7 & 8 Disember 2013

PENGUMUMAN PENTING!!!!
MOHON SEBARKAN….

Assalamualaikum wbt Tuan/Puan yg dirahmati Allah sekelian. DUKACITA dimaklumkan Konvensyen Sunnah 2013 yang sepatutnya berlangsung dari 7 – 8 Disember terpaksa DITANGGUHKAN ke suatu masa yg akan dimaklumkan kelak di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami kesal di atas segala kesulitan yg timbul. Semoga Allah melindungi & mempermudahkn segala urusan kita. JazakaAllahu khairan kathira.

Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Malaysia
Pejabat Kuala Lumpur

*Sumber:  FB Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim

===============================================

In shaa’ ALLAH, Konvensyen Sunnah 2013 anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh:
    • 7 & 8 Disember 2013 (Sabtu & Ahad)
  • Tempat:
    • Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Antara program yang bakal dilaksanakan adalah seperti yang tertera di dalam poster di bawah: Continue reading


[Video] Tadzkirah Di Kuburan Selepas Pengebumian Jenazah

3 video yang jarang dapat kita lihat ia berlaku di tengah masyarakat kita:

Continue reading


%d bloggers like this: