Anak-anak, Inilah Agenda Utama Cuti Sekolahmu!

Cuti sekolah sudah bermula!

Kepada anak-anak, manfaatkanlah tempoh ini untuk berbakti kepada ibubapa.  Biasanya kalau waktu persekolahan kebanyakan ibubapa akan melepaskan anak-anak dari disibukkan dengan kerja-kerja rumah disebabkan oleh kasihan kerana melihat anak-anak yang sudah seharian kepenatan di sekolah.  Ditambah lagi dengan tugasan anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah.  Ibubapa faham hal ini.

Jadi, atas kelapangan yang ada sempena cuti sekolah ini, ambillah peluang untuk berbakti kepada ibubapa.  Gembirakanlah ibubapa dan ringankanlah beban mereka.  Antara yang anak-anak boleh lakukan ialah mengemas rumah, sapu sampah, lap tingkap, lap kipas, gosok lantai, cuci tandas, lipat serta kemas pakaian, susun atur perabot serta perhiasan rumah, buang habuk di siling, berkebun, urut mak ayah, hiburkan mereka dan sebagainya.

Ketika bapa atau ibu keluar rumah ke tempat kerja, janganlah terlalu berseronok di rumah dengan bermain dan berhibur atau lain-lain perbuatan yang tidak bermanfaat.  Sungguh pun ini adalah cuti sekolah dan memang anak-anak layak untuk mendapat kerehatan, namun fikirkanlah betapa gembiranya ibubapa jika tatkala mereka pulang ke rumah dari tempat kerja, mereka melihat rumah sudah terurus, cantik, kemas dan banyak kerja sudah tersiap.  Tentunya akan terangkat beban mereka, akan lega rasa penat mereka dan akan terhibur hati mereka melihatkan bakti anak-anak mereka di rumah.

Janganlah diutamakan rakan-rakan lebih dari ibubapa.  Mengutamakan aktiviti bersama rakan-rakan, contohnya keluar berjalan-jalan, bermain atau melepak melebihi dari berbakti kepada ibubapa adalah perbuatan yang sangat tidak patut.  Ibubapa adalah manusia yang sangat utama dalam hidupmu.  Justeru, utamakanlah mereka.

berbakti kepada ibubapa

Isilah masa cuti ini untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh dengan cara berbakti kepada ibubapa di rumah.  Berbakti kepada ibubapa adalah antara amalan yang sangat tinggi nilainya di dalam Islam.  Ia lebih utama dari berjuang pada jalan ALLAH di medan perang.

Jibril `alaihissalam pernah menyatakan bahawa kecelakaanlah bagi seseorang yang masih ada ibubapa tapi tak membuatkannya masuk ke Syurga, dan ia telah di-amin-kan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Ia membawa maksud bahawa perbuatan berbakti kepada ibubapa merupakan suatu perbuatan yang dapat membuatkan seseorang masuk ke Syurga.  Tapi akibat melalaikannya, ia boleh menyebabkan kita terlepas peluang mendapat rahmat ALLAH masuk ke Syurga!

Anak-anak sekalian, jadikanlah agenda berbakti kepada ibubapa sebagai agenda utama cuti sekolahmu.  Rebutlah pahala berganda yang bakal dihadiahkan buatmu akibat dari perbuatan muliamu berbakti kepada ibubapa.

Berkat dari perbuatanmu ini tentunya akan menghasilkan kejayaan buatmu di dunia dan di akhirat.  Semoga ALLAH memberkatimu selamanya, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: