Barisan Jemaah Gerakan Islam Mesti Hanya Yang Bersih Aqidah Mereka!

Tatkala membaca kitab terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum pada helaian yang ke-422 lama dulu, qalbu saya tiba-tiba diserbu ingatan terhadap keadaan gerakan Islam yang ada di Malaysia.  Bukan tidak pernah mengalaminya semasa membaca kisah pada helaian-helaian sebelumnya, cuma pada episod ini ia sangat kuat menerjah ke qalbu.  Terutama ketika membaca ayat ALLAH berikut:

مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:  “ALLAH tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).  Dan ALLAH tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi ALLAH memilih dari Rasul-NYA sesiapa yang dikehendaki-NYA (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-rasul-NYA; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.”

(Surah Aali `Imran, 3:179)

1463647_10152090329703707_1258993030_n

Kitab Sirah Nabawiyyah yang diterjemahkan dari Ar-Rahiq Al-Makhtum. Sungguh, membaca sirah dapat mencungkilkan ibrah. Ibrah untuk manfaat ummah. Dan akibat ada perasaan sayanglah, maka sirah dikaitkan dengan ummah.  Bukan sekadar menjadi sirah.  Tapi untuk ia diambil ibrah.

Perasaan yang sama selalu menerjah kembali ke qalbu saya tatkala tibanya muktamar pemilihan pemimpin sesuatu jemaah gerakan Islam.  Betapa harapan saya sangat tinggi agar barisan kepimpinan sesebuah gerakan Islam ditapis berdasarkan bagaimana barisan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ditapis oleh ALLAH `Azza wa Jalla.  Mukmin dan munafiq tidak boleh bercampur dalam sesuatu jemaah gerakan Islam!

Alangkah baiknya jika jemaah-jemaah gerakan Islam mengambil ibrah dari peperangan Uhud yang menjadi asbab ayat tersebut diturunkan.  Iaitu tidak mencampur adukkan di dalam barisan mereka akan orang-orang yang bermasalah dari segi aqidah.  Bukan sahaja dari segi aqidah dilihat sebagai faktor utama, bahkan juga dari segi akhlaqnya biarlah akhlaq yang baik menurut Islam dan fikrahnya biarlah fikrah yang selari dengan kehendak Islam.

Betapa bahayanya jika di dalam sesebuah gerakan Islam ada duri dalam daging.  Peperangan Uhud menzahirkan manusia-manusia munafiq dalam jemaah ummat Islam.  Walaupun orang-orang munafiq masih berlegar dalam kalangan ummat Islam di Madinah, tetapi mereka sudah dikenali akan tanda-tandanya.  Dengan itu, mereka tidak diberi peluang mengikuti misi-misi penting Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

Saya tidak memaksudkan tahalluf siasi.  Bertahalluf siasi tiada masalah pada pandangan saya kerana ia kerjasama luaran.  Jika pihak yang dijalinkan kerjasama itu mempunyai aqidah yang berbeza atau agama yang berbeza, itu suatu yang dapat diterima kerana ia suatu bentuk kerjasama luaran.  Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam sendiri biasa bekerjasama dengan orang-orang Musyrikin dan Yahudi dalam gerak kerja politik Baginda.

Tetapi yang mahu dititik beratkan di sini ialah individu-individu dan tokoh-tokoh dalam gerakan Islam itu sendiri.  Mereka mesti terdiri dari orang-orang yang bersih aqidah mereka, baik fikrah Islam mereka dan berakhlaq mulia.  Masalahnya ialah apabila dalam barisan gerakan Islam itu ada orang-orang yang cenderung kepada fikrah-fikrah pelik yang diambil dari musuh Islam dan mirip pula dengan aqidah kaum kafir dan munafiqin.

Jemaah gerakan Islam mesti bersih aqidah mereka sebagaimana bersihnya aqidah ummat Islam dalam peperangan Badar dan Uhud.  Badar dan Uhud adalah medan pengasingan dan tapisan.  Setelah tertapisnya manusia-manusia yang rosak aqidah dari jemaah Islam, maka selepas itu barulah kejayaan demi kejayaan memancarkan cahayanya sehingga berlakunya Fathul Makkah.

Semoga ibrah ini diambil oleh jemaah gerakan Islam.  Hanya yang benar-benar bersih aqidah sahajalah yang layak menerajui sesebuah gerakan Islam.  Tidak mirip kafir, tidak sekularisme, tidak pluralisme agama, tidak liberalisme agama, tidak Syiah, tidak pro-Iran (negara Syiah), tidak Khomeinisme dan lain-lain isme yang asing dari agama Islam.  Hanya yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah sahaja!

Perjuangan suci memperjuangkan agama ALLAH hanya layak mendapat pertolongan ALLAH jika ia ditapis mengikut kehendakNYA.  Dengan itulah kejayaan akan datang.  Kejayaan yang besar, in shaa’ ALLAH.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: