Ucapan “جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا” (JazakAllahu khairan)

Ucapan “terima kasih”, “thank you”, “syukran” atau lain-lain ucapan bagi menyatakan penghargaan kepada pemberian atau perbuatan baik orang lain terhadap kita adalah suatu ucapan yang baik.  Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian dari ajaran Islam.  Ya, Islam menganjurkannya.  Bahkan Islam menganjurkan ummatnya membalas kebaikan tersebut.

Ucapan Yang Lebih Baik

Mahukah tuan/puan tahu suatu ucapan yang lebih baik dari ucapan-ucapan di atas?

Dari Usamah bin Zaid radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ “جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا” فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ

Maknanya:  “Barangsiapa yang diperbuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “JazakAllahu khairan” (semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan), maka sungguh ia telah benar-benar menyampaikan pujian/terima kasih.”

(HR at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)

Ucapan جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا (jazakAllahu khairan) adalah ucapan yang paling baik kerana ia disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai suatu ucapan/doa yang cukup dapat membalas kebaikan seseorang. Makna ucapan tersebut juga sangat tinggi iaitu “semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan”.  

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

“Semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan”

Bagi orang yang beriman, doa seumpama itu yang diucapkan oleh saudaranya kepada dirinya sudah cukup menyentuh dasar qalbunya dengan kebaikan.

 Terpulanglah kepada masing-masing mahu ucapkan apa ketika menghargai perbuatan baik orang lain kepada kita.  Asalkan ia ucapan yang baik dan disukai oleh manusia lain mendengarnya, maka lakukanlah.  Kalau mahu ucap جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا, maka itulah yang terbaik dan amat disarankan.

Ucaplah جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا dengan sempurna

Sheikh Dr Abdul Basit pernah menegur sesetengah masyarakat yang hanya menyebut جَزَاكَ اللهُ sahaja.  Ucapan جَزَاكَ اللهُ yang membawa makna “semoga kamu dibalasi ALLAH” kadang-kadang boleh membawa konotasi yang kurang elok disebabkan oleh ketidaksempurnaan ucapan tersebut.

Beliau menasihatkan agar sebaik-baiknya sebutlah dengan sempurna sebagaimana di dalam hadith, iaitu جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا yang maknanya sangat baik iaitu “semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan.

Oh ya, jangan lupa.  Di samping ucapan baik tersebut, senyumlah juga ya 🙂

muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Ucapan “جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا” (JazakAllahu khairan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: