“Abah, Tu Tuhan Dia Ke?”

Sedang si abah memandu kenderaan, tiba-tiba si anak bertanya:

Anak:  “Abah, orang tu buat apa Abah?”

Abah:  “Orang tu sedang sembah patung tokong.”

Memang laluan dari rumah ke kedai akan melalui sebuah struktur merah berbentuk pondok kecil.  Di dalamnya ada patung lelaki berjanggut dan macam-macam lagi.  Jadi selalu jugalah si anak terpaksa melihat struktur tersebut.  Mungkin kali ini dia mahu bertanya lantaran pelik ada orang yang selalu singgah berdiri dan tunduk kepada struktur tersebut.

Anak:  “Tu tuhan dia ke Abah?”

Abah:  “Bukan, tuhan dia ialah ALLAH.  Mana ada tuhan lain.  ALLAH je tuhan.  ALLAH ialah tuhan kepada semua.”

Anak:  “Habis tu kenapa dia sembah patung tu?”

Abah:  “Dia tu salah faham tentang Tuhan.  Dia sedang sesat.  Kesian kat dia.  Kalau ada peluang, kita patut tunjukkan dia siapa Tuhan yang sebenar dan cara yang betul menyembah Tuhan.”

Anak:  “Ooo…macam tu.  Kesian dia kan…”

Abah:  “Ya, kesian kat dia.  Kita patut tolong dia kenalkan dia bahawa ALLAH lah Tuhan yang sebenar.”

Anak:  “…”

Abah:  “Ingat ye anak Abah.  Tiada tuhan selain ALLAH.  ALLAH adalah tuhan dan penjaga semua makhluq.  DIA je tuhan. DIA tuhan kepada semua.  Hanya ALLAH lah tuhan yang satu.  Tiada tuhan selain DIA.”

Alhamdulillah, sebahagian pelajaran aqidah telah disampaikan.  Tuhanmu, Tuhanku, Tuhan sekalian alam ialah ALLAH!

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: