Ucapan “ما شاء الله” (Ma shaa’ ALLAH)

Ucapan “ma shaa’ ALLAH”, “ما شاء الله” adalah ucapan yang selalu diucapkan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.  Maksud ucapan tersebut ialah “apa yang dikehendaki ALLAH”.  Ucapan ini digunakan apabila kita berasa ta`jub dengan keindahan, kecantikan atau kehebatan sesuatu yang kita nampak, lantas kita menyandarkannya kepada ALLAH `Azza wa Jalla.

Contoh penggunaan yang BETUL:

  1. Ma shaa’ ALLAH, comelnya bayi tu!”
  2. “Wah, indah betul pemandangan di sini.  Ma shaa’ ALLAH…!
  3. Ma shaa’ ALLAH, bagus sungguh kandungan buku ini!”

Di dalam masyarakat memang ada penggunaan yang tidak tepat terhadap ucapan ini.  Ia bukan hanya berlaku di dalam negara kita, bahkan turut berlaku di segenap pelusuk dunia yang didiami ummat Islam.

Contoh penggunaan yang SALAH / TIDAK TEPAT:

  1. Ma shaa’ ALLAH, apa nak jadi dengan kau ni?!  Bilalah kau nak berubah ni?!”
  2. Ma shaa’ ALLAH, kejamnya mereka kepada ummat Islam di Syria!”
  3. “Berdosa kau buat macam ni.  Ma shaa’ ALLAH!”

Allahu A`lam.  Semoga kita semua dapat perbaiki, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: