Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial

Seseorang itu dikatakan berspekulasi apabila dia sedang mengatakan atau mengeluarkan pandangannya berdasarkan sesuatu yang tidak pasti, tidak bersandarkan pada fakta atau hanya keluar dari pemikirannya sahaja.

Jika dia berspekulasi hanya di dalam dirinya, maka tidaklah menjadi masalah.  Bahkan semua orang melakukannya.  Ia sifat manusia yang suka berfikir dan bersangka-sangka.

Berspekulasi di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat juga tidaklah mendatangkan apa-apa kesan yang besar kerana ia hanya berlegar di kalangan itu sahaja, selagi ia tidak disebarkan.  Tetapi kalau spekulasi dilakukan di media samada media cetak atau elektronik, maka kesannya lebih besar.  Kita risaukan impak buruk.  

Dan lebih buruk dari itu ialah apabila berspekulasi dilakukan di media-media sosial.  Kerana yang menyebarkan spekulasi terdiri dari pelbagai latar belakang.  Orang pandai dan orang bodoh sama-sama mempunyai peluang menyebarkan spekulasi.  Orang baik dan orang jahat juga berpeluang.  Pendek kata semua ada akses.  Maka, kecelaruannya lebih besar lagi.  Masing-masing mahu mengeluarkan pandangan masing-masing berdasarkan rasa-rasa, teori dan pemikiran masing.

Ya, berspekulasi di media sosial boleh mendatangkan mudharat.

Mudharat kepada orang ramai ialah dalam bentuk resah, panik, salah buat keputusan, salah maklumat, salah percaya dan berbagai-bagai lagi.  Mudharat kepada orang yang membuat spekulasi ialah boleh mendapat dosa.  Dan dosanya boleh berlipat kali ganda apabila semakin ramai terkesan hasil dari spekulasinya.  Dan inilah yang paling patut kita risaukan.

Bercakap sesuatu yang tidak pasti dan jauh dari fakta serta sandaran boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain.  Ia juga boleh merosakkan suasana dalam masyarakat.  Sebaik-baiknya jauhilah sifat begini.

Mungkin kita boleh renung hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam ini supaya terbit rasa hati-hati dan awas dalam dada kita:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ،
مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا ,يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ،
أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

“Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi kerana mengucapkan sesuatu perkataan,
yang tidak difikirkan/diselidiki terlebih dahulu membuatkannya tergelincir ke dalam Api Neraka,
yang luasnya lebih jauh dari timur dan barat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim.  Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu)

Hadith di atas adalah khusus mengenai bencana lidah terhadap seseorang yang bercakap soal agama mengikut hawa nafsu tanpa panduan Al-Quran dan As-Sunnah.  Sungguh pun begitu, hadith tersebut juga boleh menjadi panduan buat kita bagi mengawal lidah dari bercakap sesuatu atau menulis sesuatu yang tidak pasti dalam hal keduniaan.  Kerana kedua-duanya: samada hal agama atau keduniaan, jika kita bercakap semborono tanpa kawalan dan sandaran, kebarangkalian mudharat boleh berlaku sangat besar.

Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin…

Bahaya cakap tanpa selidik terselbih dahulu.

Bahaya cakap tanpa selidik terlebih dahulu.

Baca juga:

Advertisements

One response to “Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial

  • alphaville

    Pada pandangan saya membuat spekulasi dalam keadaan tertentu seperti kes MH370 tidak salah selagi tidak melulu dan aibkan peribadi pihak tertentu. Masyarakat juga berhak untuk membuat andaian sendiri kerana banyak persoalan yg tak dapat dirungkai dan ia juga satu kejadian yg tak masuk akal bagaimana pesawat sebesar Boeing 777 boleh lenyap tanpa dikesan.

    Saya percaya ramai orang sekarang akan menilai berita yg disampaikan samada ianya boleh dipercayai, logik, sahih atau sebaliknya.

    Dalam kes MH370 teori samada penglibatan seperti CIA dan MOSSAD ambil alih pesawat guna AWACS atau teori lubang hitam atau teori cengkaman politik Amerika untuk menguasai pengaruh sebelah sini melalui pengkalan tentera di tengah Laut Cina Selatan dan teori lain-lain yang munasabah sebenarnya adalah spekulasi yang membina.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: