Tragedi MH370: 10 Nasihat Buat Saya!

Pesawat penerbangan MH370 masih belum dijumpai hingga ke hari ini.  Banyak berita, pandangan, teori dan spekulasi tersebar di media rasmi dan tidak rasmi.  Masing-masing buntu.

Dalam kebuntuan itu, berikut adalah 10 nasihat yang saya tujukan khas buat saya supaya keadaan yang keruh hasil dari tragedi pesawat hilang ini tidak menjadi semakin keruh disebabkan oleh saya:

1.  Jangan sebarkan berita yang tak pasti.

2.  Elakkan beri komen atau pandangan di media sosial yang berdasarkan kepada rasa-rasa, agak-agak atau lahir dari pemikiran sendiri tanpa sandaran yang kukuh.  (Baca: Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial)

3.  Tahan diri dari mengepos sesuatu berita yang tak pasti ke media sosial kononnya untuk dapatkan kesahihan.  “Sahih tak berita berita ni?”  Dengan secara sengaja atau tidak sengaja, berita tersebut akan tersebar sedangkan kesahihannya belum pasti.

4.  Jika sahih pun, fikir dengan lebih mendalam adakah wajar kita sebarkan?  Dapat apa?  Seronok?!  Dapat jadi hero sebab berjaya menyebarkan berita terkini?!  Fikir adakah semakin baikkan keadaan atau memburukkannya?!  Atau dapat dosa?!

5.  Jagalah hati dan perasaan ahli keluarga dan kenalan mangsa pesawat hilang.  Takziah bukan hanya dengan cara kita mengucapkan “saya ucapkan takziah pada kamu”.  Tapi dengan cara beri semangat, beri motivasi, tabahkan mereka, sabarkan mereka, pujuk mereka, beri mereka semangat, ringankan beban mereka, tolong mereka dan ajak mereka agar redha kepada ketentuan ALLAH.  Itulah makna takziah yang lebih tepat.  Tujuan takziah semuanya dengan tujuan untuk datangkan sifat positif dalam hati dan perasaan waris.  Inilah ajaran Islam.

6.  Empati iaitu cubalah kita letakkan diri kita dalam batang tubuh ahli keluarga dan kenalan mangsa.  Selami apa perasaan mereka.  Apa perasaan kita jika orang cakap macam-macam mengenai mangsa pesawat hilang yang mana mangsa itu adalah adik, abang, ayah, mak, suami, isteri dan orang tersayang kita?!

7.  Jangan menuding dan mencari kesalahan mana-mana pihak.  Dan jangan pula kita bergaduh dan bertelingkah sesama kita akibat dari tragedi ini.  Rahmat ALLAH tidak turun pada orang yang memecahkan persaudaraan.

8.  Rasional.  Jangan emosional.

9.  Panjatkan harap dan doa kepada ALLAH.  Dekatkan diri kepadaNYA dengan rendah diri dan rasa hamba.

10.  Jauhkan usaha atau ikhtiar yang boleh menjerumuskan kepada dosa.  Contohnya dengan memanggil bomoh atau percaya kepada tukang ramal.  Ini boleh menjerumuskan kita kepada DOSA BESAR iaitu DOSA MENSYIRIKKAN ALLAH.  Pesawat hilang.  Jangan sampai iman hilang…!

Semoga saya lebih bertaqwa, amin…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: