Solat-solat Sunat

 

solatmalamSolat sunat dikerjakan sebagai solat tambahan kepada solat-solat fardhu.  Pada Hari Kiamat, ia dapat menampal kekurangan yang mungkin ada pada solat fardhu seseorang mukmin.  Justeru, tidak sepatutnya kita mengabaikannya begitu sahaja, sedangkan ia dapat memanfaatkan kita ketika timbangan amal dihisab kelak.

Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis solat sunat yang thabit dari amalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i telah dibahagikan solat-solat sunat tersebut kepada dua (2) bahagian besar bagi memudahkan kefahaman kita bersama, iaitu:

  1. Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah.
  2. Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah.

1.  Solat Sunat Yang Dikerjakan Secara TIDAK BERJEMAAH

Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:

  • Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.  Dipanggil juga sebagai Solat Sunat Rawatib.
  • Solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu.

1 (a)  Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu

Bagi Solat Sunat Rawatib, terdapat dua pembahagian iaitu yang Muakkad dan yang Tidak Muakkad.  Pembahagian secara ringkas adalah seperti berikut:

  • Muakkad (Amat digalakkan untuk kita kerjakannya)
    • 2 rakaat sebelum Subuh
    • 2 rakaat sebelum Zuhur
    • 2 rakaat selepas Zuhur
    • 2 rakaat selepas Maghrib
    • 2 rakaat selepas Isyak
  • Tidak Muakkad
    • 2 rakaat sebelum Zuhur (tambahan 2 rakaat)
    • 2 rakaat selepas Zuhur (tambahan 2 rakaat)
    • 4 rakaat sebelum Asar (2 salam)
    • 2 rakaat sebelum Maghrib
    • 2 rakaat sebelum Isyak

1 (b)  Solat Sunat Yang TIDAK Mengiringi Solat Fardhu

Manakala bagi solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  • Ada nama dan waktu tertentu:
    • Solat Sunat Tahiyyatul masjid
    • Solat Sunat Witir
    • Qiamullail (dinamakan tahajjud jika dilakukan selepas tidur)
    • Solat Sunat Dhuha
    • Solat Sunat Istikharah
  • Tiada nama khusus dan tiada waktu tertentu.  Solat ini dipanggil Solat Sunat Mutlak.

2.  Solat Sunat Yang Dikerjakan secara BERJEMAAH

Bagi solat-solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah, berikut adalah jenis-jenisnya:

Secara ringkasnya, pembahagian solat-solat sunat dapat digambarkan melalui gambarajah berikut:

SOLAT-SOLAT SUNAT

Semoga penjelasan ringkas ini bermanfaat buat saya dan tuan/puan, in shaa’ ALLAH.  Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH untuk kita melaksanakannya.

لا حول و لا قوة الا بالله

muzir.wordpress.com


Rujukan:

  • Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i.
Advertisements

4 responses to “Solat-solat Sunat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: