Monthly Archives: May 2014

Sifat Pelik Pada Manusia

Sedang saya beratur untuk membayar sarapan di sebuah restoran, saya terlihat sebuah papan promosi sebuah produk yang dihias dengan sangat elegan sekali.

Sekali imbas kelihatan ia seakan suatu produk yang hanya mampu dibeli oleh orang yang mempunyai citarasa tinggi sahaja.  Diletakkan papan iklan produk tersebut di tengah-tengah supaya setiap yang beratur untuk membayar di kaunter akan dapat melihatnya.  Misinya adalah untuk menarik perhatian supaya manusia membeli.

Apabila ditenung-tenung pada produk tersebut, kelihatan grafik yang mengerikan terhias pada kotaknya. Continue reading

Advertisements

Sifat Baran Merosakkan Rumahtangga

Pemuda-pemuda yang mempunyai sifat cepat marah dan panas baran mesti ubati sifat tersebut dengan segera.  Jika tidak, nanti apabila sudah berumahtangga, isteri dan anak-anak pasti akan menjadi mangsa baran kalian itu.  

Telah banyak isteri dan anak-anak yang bukan sahaja dimarah dan ditengking akibat perkara-perkara kecil, bahkan ada juga yang telah dilempang, ditumbuk dan ditendang oleh suami akibat panas baran yang menggila.  Sungguh, ini bukan sifat suami yang mudah masuk Syurga! Continue reading


Risiko Mempunyai ‘Smartphone’

Sedang Abdullah beriktikaf di sebuah masjid di Shah Alam, tiba-tiba beliau terperasan ada seorang lelaki Bangladeshi asyik memandangnya sejak dari tadi.  Lelaki itu memandang-mandang dari tempat duduknya yang kira-kira 4 meter jaraknya.  Sedang beriktikaf juga.

Walaupun Abdullah berasa pelik, namun beliau tidak mempedulikannya kerana ramai orang sedang duduk-duduk di dalam kawasan yang sama.  Beliau tidak risau.  Cuma berasa tidak selesa.

Lama kemudian, lelaki berkurta putih itu pun bangun dan datang menghampiri Abdullah.  Abdullah menjeling.  Semakin pelik.

Dengan ramah, lelaki itu terus mengucapkan salam lantas terus bertanya: Continue reading


“Fokus Kita Hanyalah Kepada ALLAH” – Titah Sultan Brunei

"Fokus kita hanyalah kepada ALLAH"

“Fokus kita hanyalah kepada ALLAH”

Memang bergetar hati apabila mendengar ucapan Sultan Brunei di majlis perasmian perlaksanaan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diadakan pada 30 April 2014.  Betapa keazaman kerajaan Brunei Darus Salam untuk melaksanakan hukum ALLAH begitu jelas terpancar dari ucapan Baginda Sultan Brunei.  Berikut sebahagian petikan ucapan tersebut: Continue reading


%d bloggers like this: