“Fokus Kita Hanyalah Kepada ALLAH” – Titah Sultan Brunei

"Fokus kita hanyalah kepada ALLAH"

“Fokus kita hanyalah kepada ALLAH”

Memang bergetar hati apabila mendengar ucapan Sultan Brunei di majlis perasmian perlaksanaan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diadakan pada 30 April 2014.  Betapa keazaman kerajaan Brunei Darus Salam untuk melaksanakan hukum ALLAH begitu jelas terpancar dari ucapan Baginda Sultan Brunei.  Berikut sebahagian petikan ucapan tersebut:

“…

Ingat, fokus kita hanyalah kepada ALLAH jua!

Untuk mencari redhaNYA semata-mata.  Bukannya melihat ke kiri atau ke kanan untuk mencari-cari siapa yang suka dan siapa yang tak suka.

Kita tidak pernah melihat orang orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka menerima atau mempersetujui kita. Tapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka.

Adapun andaian2 dan pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan ALLAH.

Sesungguhnya tuntutan ALLAH itu bukanlah ia teori, tetapi ia hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang ALLAH kejam dan tidak adil, ALLAH sendiri telah menegaskan undang-undangnya itu adil.

Maka di manakah harga teori itu di sini berhadapan dengan wahyu ALLAH?

Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka. Tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah ALLAH sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.”  

sebahagian petikan ucapan Sultan Brunei pada 30/4/2014 dalam majlis perasmian melaksanakan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013.

Baginda Sultan juga ada memetik terjemahan ayat ALLAH dari surah Muhammad, ayat ke-7 bagi mengingatkan kita semua akan kebaikan kita menegakkan hukum ALLAH.  Firman ALLAH `Azza wa Jalla:

Maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”  

(Surah Muhammad, 47:7)

Ucapan penuh Baginda Sultan boleh diikuti melalui video ini:

Semoga kita semua terutama para pemimpin negara kita dapat menghayati ucapan tersebut seterusnya mencontohi negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam.

ALLAHU AKBAR!

www.muzir.wordpress.com

——

Baca juga laporan sebelum ini:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: