Monthly Archives: July 2014

`Eidul Fitri 1435H, 2014M.

image


Banyakkan Berdoa Ketika Dalam Perjalanan Jauh

image

Perjalanan yang jauh memang memenatkan.  Bukan hanya disebabkan oleh jarak, tetapi juga dugaan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi.  Apatah lagi jika berlaku musibah di tengah-tengah perjalanan seperti kenderaan rosak, kesesakan luar biasa, kemalangan dan cuaca buruk.  Tentulah lebih menyusahkan. Continue reading


Hadith Qudsi: Betapa Luas Keampunan ALLAH!

Sebarkanlah hadith qudsi ini kepada ahli keluarga dan para kenalan supaya kita dan mereka tahu dan sedar bahawa betapa besar dan luasnya keampunan ALLAH menanti kita semua.  Bahkan penuh dengan alu-aluan dari ALLAH Ta`ala.  Supaya dengannya kita tidak kecewa dan putus asa terhadap rahmat ALLAH.  Lalu kembali kepada-NYA, in shaa’ ALLAH. Continue reading


Infaqlah Wahai Anak Adam, Nescaya AKU Akan Infaq Ke Atasmu!

Ke mana seringgit ini akan pergi?

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

قالَ اللَّهُ : أَنفِقْ يا ابنَ آدمَ أُنفِقْ عليكَ

“ALLAH berfirman: Infaqlah wahai anak Adam. Nescaya AKU akan infaq ke atasmu.”

(HR al-Bukhari)

Continue reading


Inilah Yang Terjadi Apabila Video Menjadi ‘Viral’

viral-video-imageSaban waktu ada sahaja video-video yang menjadi viral di media-media sosial seperti Facebook dan Youtube.  Itulah istilah yang digunakan oleh pengguna internet.  Sesuatu video disebut viral video apabila ia menjadi begitu popular secara mendadak melalui perkongsian oleh pengguna-pengguna internet.

Tema viral video ada bermacam-macam jenis.  Ada lucu, berita tergempar, aksi luar biasa, kontroversi, skandal dan lain-lain lagi.  Ada yang sengaja disebarkan oleh si pelaku aksi sendiri dan ada juga yang disebarkan oleh si perakam tanpa kebenaran si pelaku aksi.  Ada yang bertujuan menyebarkan maklumat, perkongsian, hiburan, iktibar.  Dan ada juga yang secara sengaja mendedahkan aib orang lain.

Walau apapun tujuan dan niat si penyebar video, perkara berikut pasti akan berlaku.  Iaitu video tersebut pasti ditonton oleh ribuan malah jutaan manusia kerana ia sudah menjadi viral. Continue reading


Wajarkah Kita Suruh Anak Kecil Berpuasa?

198669_10150276647837207_580897206_7586015_4349848_nRamai ibubapa telah mula mendidik anak mereka sejak kecil akan ibadah puasa.  Alhamdulillah, itu suatu kesedaran yang baik dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.  Kesedaran ini tentunya lahir dari hati ibubapa yang mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, kadang-kadang ada juga ibubapa yang terlalu memaksa anak-anak kecil mereka agar terus berpuasa walaupun mereka menangis-nangis kelaparan meminta makanan dan minuman.  Justeru, datang persoalan wajarkah kita suruh anak kecil kita berpuasa? Continue reading


%d bloggers like this: