Wajarkah Kita Suruh Anak Kecil Berpuasa?

198669_10150276647837207_580897206_7586015_4349848_nRamai ibubapa telah mula mendidik anak mereka sejak kecil akan ibadah puasa.  Alhamdulillah, itu suatu kesedaran yang baik dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.  Kesedaran ini tentunya lahir dari hati ibubapa yang mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, kadang-kadang ada juga ibubapa yang terlalu memaksa anak-anak kecil mereka agar terus berpuasa walaupun mereka menangis-nangis kelaparan meminta makanan dan minuman.  Justeru, datang persoalan wajarkah kita suruh anak kecil kita berpuasa?

Anak Umur Bawah 7 Tahun

Jika anak-anak kita berumur 5 atau 6 tahun, mereka belum wajar disuruh puasa.

Namun jika kita memujuknya untuk berpuasa dengan tujuan untuk pendedahan awal, maka tidak mengapa.  Jika mereka melakukannya secara sukarela lantaran mahu mengikut perbuatan kita sebagai ibubapa serta abang dan kakak mereka yang berpuasa, maka itu lebih bagus.  Kerana ia lahir dari kehendak mereka sendiri yang mahu meniru perbuatan baik orang yang lebih tua dari mereka.  Ia bagus buat mereka dan bagus juga buat kita sebagai ibubapa sebagai pendedahan awal.

Galakkan mereka.  Sokong mereka.  Tapi jangan paksa.

Jika mereka meminta makanan atau minuman, kita boleh pujuk mereka supaya teruskan berpuasa.  Hiburkan mereka dengan permainan jika mereka mengadu lapar dan dahaga.  Setahu saya, para salafussoleh membuatkan permainan untuk anak-anak mereka supaya mereka menjadi leka dan tidak terlalu melayan lapar, dahaga dan letih.  Zaman kita ini macam-macam permainan ada.  Jadi terpulanglah pada pilihan masing-masing.

Namun jika mereka tidak mampu meneruskannya, janganlah bertegas, apatah lagi memaksa.  Berilah mereka makanan dan minuman dengan kasih dan sayang.  Kerana pada peringkat umur sebegini mereka belum layak disuruh untuk berpuasa.

Anak Berumur 7 Tahun

Berdasarkan pandangan-pandangan yang saya pernah dengar dari para ilmuan, umur 7 tahun adalah umur yang sewajarnya untuk kita menyuruh anak-anak berpuasa.  Ini berkiaskan kepada hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang menyuruh agar anak-anak yang sudah mencapai umur 7 tahun mengerjakan solat.

Dari `Amru bin Syu`ib, dari bapanya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur 10 tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.”

(HR Abu Daud.  Al-Albani mengatakan hadith ini hasan sahih)

Pada umur 7 tahun inilah, segala tuntutan Islam yang fardhu seperti solat dan puasa mesti disuruh ke atas anak-anak kita.  Ketegasan ibubapa dalam menyuruh anak-anak solat dan puasa mesti ada pada peringkat anak berumur 7 tahun.

Ada kata-kata hikmah yang bagus untuk kita ambil manfaat dalam hal pendekatan dalam pendidikan anak-anak, iaitu dibahagikan pendekatan pendidikan anak-anak mengikut umur seperti berikut:

  • Umur anak hingga 7 tahun:  layanilah anak-anak dengan mesra dan penuh kemanjaan.
  • Umur anak dari 7 – 14 tahun:  layanilah anak-anak dengan mendisiplinkan mereka dengan tuntutan dan peraturan.
  • Umur anak dari 14 – 21 tahun:  layani mereka seperti kawan kita.
  • Umur anak dari 21 tahun dan ke atas:  layani mereka sebagai orang dewasa.

Jadi, bagi anak yang sudah berumur 7 tahun sangat wajar disuruh mereka berpuasa dan kita sebagai ibubapa sangat patut bertegas dan mendisiplinkan anak-anak kita akannya.

Allahu A`lam.  Semoga dengan perkongsian ini ada manfaat padanya.  Kepada ALLAH lah kita pinta agar anak-anak dan zuriat kita seluruhnya menjadi hamba-hamba ALLAH yang soleh, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: