Hadith Qudsi: Betapa Luas Keampunan ALLAH!

Sebarkanlah hadith qudsi ini kepada ahli keluarga dan para kenalan supaya kita dan mereka tahu dan sedar bahawa betapa besar dan luasnya keampunan ALLAH menanti kita semua.  Bahkan penuh dengan alu-aluan dari ALLAH Ta`ala.  Supaya dengannya kita tidak kecewa dan putus asa terhadap rahmat ALLAH.  Lalu kembali kepada-NYA, in shaa’ ALLAH.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ تَعَالَى

Dari Anas bin Malik radhiAllahu `anhu katanya: Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: ALLAH Ta`ala berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ! إِنَّكَ مَا دَعَوْتنِي وَرَجَوْتنِي غَفَرْتُ لَك عَلَى مَا كَانَ مِنْك وَلَا أُبَالِي

“Wahai anak adam! sesungguhnya jika engkau berdoa kepadaKU dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu atas apa yang engkau telah lakukan, dan AKU tidak peduli,

يَا ابْنَ آدَمَ! لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُك عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتنِي غَفَرْتُ لَك

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu tinggi sampai menyentuh awan di langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu,

يَا ابْنَ آدَمَ! إنَّك لَوْ أتَيْتنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُك بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik terhadap-KU dengan sesuatu, niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi juga.”

رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan katanya hadith ini hasan sahih.

Semoga ALLAH Ta`ala mengampunkan kita semua serta ditunjuki kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: