Banyakkan Berdoa Ketika Dalam Perjalanan Jauh

image

Perjalanan yang jauh memang memenatkan.  Bukan hanya disebabkan oleh jarak, tetapi juga dugaan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi.  Apatah lagi jika berlaku musibah di tengah-tengah perjalanan seperti kenderaan rosak, kesesakan luar biasa, kemalangan dan cuaca buruk.  Tentulah lebih menyusahkan.

Dalam kepenatan dan kesusahan itu, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah memberikan berita gembira kepada ummatnya yang sedang melakukan perjalanan jauh melalui hadith berikut:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

ثلاثُ دعوَاتٍ مُستجاباتٌ لا شَكَّ فيهنَّ :

دعوَةُ المظلومِ ، ودعوةُ المسافرِ ، ودعوةُ الوالدِ على ولدِهِ

“Tiga doa yang mustajab (mudah diperkenankan) yang mana tiada syak padanya (untuk diperkenankan), iaitu:

Doa orang yang kena zalim, doa seorang musafir dan doa bapa kepada anaknya.”

(HR Ahmad dengan sanad yang sahih)

Justeru, bagi tuan/puan yang dalam perjalanan jauh contohnya balik ke kampung, menuju ke tempat kursus, berniaga dan sebagainya asalkan tujuannya tidak menyalahi syarak, maka berdoalah sepanjang perjalanan itu.  Mintalah macam-macam dengan ALLAH.  Samada untuk kebaikan diri sendiri atau orang lain.  Samada untuk kebaikan di dunia atau untuk akhirat.  Kerana antara doa yang mudah untuk diperkenankan olehNYA ialah doa seorang musafir.

Orang yang sedang melakukan suatu perjalanan biasanya qalbunya lebih syahdu kerana di depannya terbentang pemandangan yang luas.  Rasa tidak tentu, penuh harap dan kesendirian yang memenuhi qalbu si musafir menjadikan doanya lebih tinggi nilainya.

Mintalah padaNYA.  Nescaya DIA akan qabulkan.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: