Monthly Archives: August 2014

Kelebihan Menjadi Mu’adzdzin (Tukang Adzan)

Kita berpeluang mendengar laungan adzan paling kurang lima kali sehari semalam.  Alhamdulillah, dengannya kita mengetahui masuknya waktu solat fardhu dan dengannya juga kita berusaha untuk hadir solat berjemaah di masjid.

Tahukah anda bahawa kedudukan para mu’adzdzin (tukang adzan) sebenarnya sangat tinggi dan bakal memperolehi ganjaran yang besar dari sisi ALLAH?  Berikut ini disenaraikan beberapa kelebihan menjadi mu’adzdzin sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Continue reading


Makluman Program Ilmu: OGOS, SEPT & OKT 2014

In shaa’ ALLAH.

Berikut adalah makluman beberapa program ilmu yang bakal diadakan di Lembah Klang bagi bulan Ogos, September dan Oktober 2014.  Semoga bermanfaat 🙂    Continue reading


“Kalau Nak Boikot Sangat, Boikotlah Facebook tu” ???

“Kalau nak boikot sangat, boikotlah Facebook tu sekali!”

Itulah ungkapan yang saya baca beberapa kali di Facebook yang keluar dari mulut orang yang memandang sinis terhadap usaha boikot.

Mereka bukan hanya dengan sinis menyuruh boikot Facebook, malah juga menyuruh orang-orang yang menyokong usaha boikot supaya turut memboikot perisian komputer dan teknologi moden.  Alasan mereka kerana penyumbang-penyumbang teknologi ini terdiri dari Yahudi, Nasrani dan malah ada sebahagiannya yang cenderung kepada kezaliman yang dilakukan terhadap ummat Islam. Continue reading


Boikot Cara ‘Pro’?

Beberapa hari lepas saya terbaca di Facebook mengenai dua contoh perbuatan boikot yang dikatakan cara boikot yang profesional.

Ah, saya berasa tidak selesa dengan perkongsian tersebut.  Saya biarkan sahaja kerana menganggap ia tidak penting.  Saya agak pasti tentu ramai tidak setuju.  Tetapi memandangkan perkongsian tersebut keluar di News Feed beberapa kali, maka saya kira perlu juga disentuh perkara tersebut.  Saya risau jika ia dicontohi. Continue reading


Tiada Ketaatan Kepada Yang Tidak Taat Kepada ALLAH

Mu`adz bin Jabal radhiAllahu `anhu bertanya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:

“Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika di hadapan kami ada seorang pemimpin yang tidak menjalankan tuntutanmu dan tidak melaksanakan perintahmu, maka apa yang dikau perintahkan kepada kami?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

لا طاعةَ لِمَنْ لمْ يُطِعِ اللهَ

“Tiada ketaatan kepada sesiapa yang tidak taat kepada ALLAH.”

(HR Ahmad)


%d bloggers like this: