Boikot Cara ‘Pro’?

Beberapa hari lepas saya terbaca di Facebook mengenai dua contoh perbuatan boikot yang dikatakan cara boikot yang profesional.

Ah, saya berasa tidak selesa dengan perkongsian tersebut.  Saya biarkan sahaja kerana menganggap ia tidak penting.  Saya agak pasti tentu ramai tidak setuju.  Tetapi memandangkan perkongsian tersebut keluar di News Feed beberapa kali, maka saya kira perlu juga disentuh perkara tersebut.  Saya risau jika ia dicontohi.

HSBC

Menurut perkongsian tersebut, jangan keluarkan semua duit dari HSBC.  Tinggalkanlah RM1 atau RM2 di dalamnya supaya pihak bank terpaksa menanggung kos pengurusan akaun tersebut.  Cara begini lebih profesional katanya.

  • Kenapa boikot HSBC?
    • HSBC bank has written to Finsbury Park Mosque and other Muslim organisations in the UK to tell them that their accounts will be closed.  The reason given in some cases was that to continue providing services would be outside the bank’s “risk appetite”.  (baca seterusnya di sini)

Pada saya, keluarkan semua duit dari HSBC dan tinggalkan RM1 atau RM2 bukanlah cara yang profesional.  Kerana duit itu akan tetap memberikan manfaat pada bank tersebut walaupun sedikit.  Yang lebih malang ialah jika bank itu bank konvensional iaitu bank ribawi.  Jadi RM1 atau RM2 yang ditinggalkan itu tetap akan beranak pinak melahirkan duit riba.  Dan ia akaun anda.  Secara langsung dosa riba akan terpalit sama pada anda.

Maka cadangan saya ialah tutup terus.  Jangan tinggal sesen pun.  Dengan cara begini anda akan membebaskan diri anda dari bank tersebut.

McDonald’s

Satu lagi perkongsian yang tersebar di Facebook ialah foto seorang lelaki makan nasi kerabu dan teh o ais di premis McDonald’s.  Ia dikatakan boikot cara yang profesional dan malah mendapat pujian dan galakan dari pengguna-pengguna Facebook.

Pada saya perbuatan tersebut bukanlah cara boikot yang profesional sebagaimana didakwa.  Perbuatan tersebut jika bertujuan untuk mencabar kakitangan McDonald’s atau menyakitkan hati pekerja-pekerjanya atau sengaja melakukannya untuk berbangga dan dilihat unik, bukanlah suatu yang patut dipuji dan diberikan galakan.  Itu cara yang tidak ada adab.

Seseorang yang mempunyai nilai adab yang tinggi dan telah dipupuk dengan akhlaq Islami tidak akan berbuat seperti itu.  Dia tidak akan sengaja melakukan provokasi.  Dia tidak akan sengaja mahu menyakitkan hati orang lain.  Dia tidak akan sengaja mahu menghina orang lain, apatah lagi tuan rumah premis tersebut.  Kerana perbuatan tersebut boleh mengundang dosa.  Dan kerana dia mempunyai sifat malu.

Jadi nasihat saya kepada diri sendiri dan kepada yang sudi mengambil nasihat ini agar berpada-padalah dan berhemahlah.

Jika memboikot, boikotlah dengan cara yang benar dan sabar.  Mudah-mudahan ada pahala pada usaha tersebut jika niat dan cara memboikot tersebut tidak menyalahi syariat Islam.  Dan jangan sekali-kali tercalit dosa pula.

  • Seruan boikot dan apa yang perlu diboikot?  (baca sini)

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: