Kelebihan Menjadi Mu’adzdzin (Tukang Adzan)

Kita berpeluang mendengar laungan adzan paling kurang lima kali sehari semalam.  Alhamdulillah, dengannya kita mengetahui masuknya waktu solat fardhu dan dengannya juga kita berusaha untuk hadir solat berjemaah di masjid.

Tahukah anda bahawa kedudukan para mu’adzdzin (tukang adzan) sebenarnya sangat tinggi dan bakal memperolehi ganjaran yang besar dari sisi ALLAH?  Berikut ini disenaraikan beberapa kelebihan menjadi mu’adzdzin sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

1.  Ganjaran besar buat para Mu’adzdzin (tukang adzan)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

لو يعلمُ الناسُ ما في النداءِ والصفِّ الأولِ ، ثم لم يجدُوا إلا أن يستهِموا عليه لاسْتهَموا عليه

“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada adzan dan saf pertama kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali mesti dengan undian, nescaya mereka akan mengikuti undian itu.” 

(HR al-Bukhari dan Muslim)

2.  Panjang lehernya (kelihatan mulia) pada Hari Kiamat.

Dari Mu`awiyah radhiAllahu `anhu berkata:  Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

المُؤَذِّنون أطولُ الناسِ أعناقًا يومَ القيامةِ

“Para Muadzzin adalah orang-orang yang paling panjang lehernya nanti pada Hari Kiamat.

(HR Muslim)

3.  Manusia, jin dan semua yang mendengar adzan akan menjadi saksi kepada orang yang selalu memperdengarkan adzan.

Dari `Abdullah bin Abdur-Rahman bin Abu So`so`ah (صعصعة) bahawa Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu berkata kepadanya:

إني أَراك تُحِبُّ الغنَمَ والبادِيَةَ ، فإذا كنتَ في غنَمِك أو بادِيَتِك ، فأذَّنتَ للصلاةِ ، فارفَعْ صوتَك بالنداءِ ، فإنه : ( لا يَسمَعُ مَدى صوتِ المؤذِّنِ جِنٌّ ولا إِنسٌ ، ولا شيءٌ ، إلا شهِد له يومَ القيامةِ ) . قال أبو سعيدٍ : سمِعتُه من رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم

“Sesungguhnya saya melihat engkau suka pada kambing dan suka berada di tengah hutan, apabila engkau mengembala kambingmu atau berada di tengah-tengah hutanmu kemudian engkau adzan untuk solat maka keraskanlah (kuatkanlah) suaramu kerana sesungguhnya yang mendengar suara orang yang adzan itu baik itu jin, manusia mahupun sesuatu yang lain pasti akan menjadi saksi baginya nanti pada Hari Kiamat.”  Abu Sa`id berkata lagi:  “Demikianlah yang saya dengar dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”

(HR al-Bukhari)

4.  Orang yang memperdengarkan adzan akan membuatkan syaitan bertempiaran lari.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata:  Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

إذا نوديَ للصلاةِ ، أدبرَ الشيطانُ وله ضُراطٌ ، حتى لا يَسمعَ التأذينَ ، فإذا قُضِيَ النداءُ أقبلَ ، حتى إذا ثُوِّبَ بالصلاةِ أدبرَ ، حتى إذا قُضِيَ التَّثْويبُ أقبلَ ، حتى يَخطِرَ بين المرءِ ونفسهِ يقولُ : اذكُرْ كذا ، اذكُرْ كذا لِما لم يكن يذكُرُ حتى يَظَلَّ الرجلُ لا يدري كمْ صلى

“Apabila terdengar seruan untuk solat (adzan), syaitan akan lari terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar adzan itu.  Apabila adzan itu sudah selesai, maka syaitan akan datang lagi.  Apabila terdengar iqamah, syaitan itu akan lari sampai selesai.  Apabila iqamah sudah selesai, maka syaitan datang lagi dan mengacau orang yang solat di mana ia berkata:  “Ingatlah ini dan ingatlah itu…” yang sebelumnya tidak teringat, sehingga seseorang tidak tahu pada rakaat ke berapa dia solat.”

(HR al-Bukhari)

Ayuh jangan lepaskan peluang untuk melaungkan adzan!

Kalau kita tak berpeluang melaungkan adzan di masjid atau surau disebabkan oleh sudah ada tukang adzan yang bertugas, kita boleh ambil kesempatan melaungkan adzan di surau R&R, surau kompleks membeli-belah, surau pejabat dan lain-lain.  Besar kelebihannya!

– muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: