Larangan Potong Rambut/Bulu & Kuku Setelah Masuk 1 Dzulhijjah

Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya disembelih.  Justeru, potonglah siap-siap sebelum masuknya bulan Dzulhijjah!

Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha:

مَنْ كَانَ لَهُ ذَبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أَهَلَّ هِلالَ ذِي الْحِجَّةِ فَلا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”

(HR Muslim, no. 1977)

Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/mencukur rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita.  Kuku juga dilarang dari kita memotongnya.  Para ulama berbeza pandangan dalam memahami maksud larangan ini. Menurut sebahagian ulama maksud larangan tersebut ialah haram.  Dan sebahagian yang lain mengatakannya makruh.

Dalam madzhab asy-Syafi`i hukum larangan dalam hadith di atas ialah makruh. Yakni makruh tanzih yang mana larangan tersebut tidaklah sampai jatuh kepada haram.  Allahu A`lam.

Mengetahui bahawa terdapat larangan Nabi supaya tidak memotong rambut/bulu dan kuku bagi yang ingin melakukan korban, maka sebaik-baiknya jauhilah ia.  Setelah masuk 1 Dzulhijjah, maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan kuku.

Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

*Jemputlah baca ini juga:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: