Apabila Ilmuan Mengkritik

Para ilmuan apabila mengkritik, mereka bukan mengkritik untuk menjatuhkan macam perangai kebanyakan kita orang biasa.  Mereka mengkritik kerana untuk melahirkan lebih kebaikan kepada ummat.  Itu kebiasaannya.

Mereka tidak mengkritik lalu meninggalkannya tanpa dibuat penambahbaikkan.  Sebaliknya ramai di kalangan mereka (ulama) mengkaji dengan mendalam lalu menyediakan solusi dalam bentuk tulisan bagi menjawab dan menambahbaik apa yang mereka kritik itu.  Maka, terhasil lah manfaat kepada masyarakat dalam bentuk risalah atau buku yang akhirnya menambah lagi khazanah ilmu kepada ummat Islam.

Kitab Ihya’ `Ulumiddin contohnya.  Ia karya agung dari seorang tokoh yang sangat dihormati oleh ummat Islam iaitu al-Imam al-Ghazali rahimahullah (meninggal dunia pada 505 hijrah).  Kitab ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada ummat dalam tempoh yang sangat lama sampai sekarang.  Betapa ramai insan telah mengenali Tuhan yang mencipta mereka melalui kitab ini.  Menjadikan mereka semakin tunduk dan khusyuk dengan ALLAH.

Namun kitab yang hebat ini tidak terlepas dari kritikan para ilmuan.  Bukan kerana hasad.  Tapi kerana untuk kebaikan ummat.  Ada sebahagian ulama yang menolak terus kitab ini lantaran tidak setuju dengan sebahagian besar isinya.  Ada ulama yang menerima bulat-bulat sebagai rasa hormat akan tujuan kitab tersebut.  Dan ada juga ulama yang menolak unsur-unsur yang tidak tepat tapi tetap mengambil faedah yang banyak di dalam kitab tersebut.  Mereka inilah yang berusaha untuk menapis dan menghidangkan kepada masyarakat akan kebaikan dari kitab Ihya’ `Ulumiddin karangan al-Imam al-Ghazali rahimahullah.  Menjadikan ia lebih murni.

Misalnya al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (meninggal dunia 597 hijrah) telah menghasilkan sebuah kitab yang berjudul Minhajul Qasidin yang dengan tujuan menyaring maklumat-maklumat yang terdapat di dalam kitab Ihya’ `Ulumiddin.  Beliau telah mengekalkan manfaat-manfaat yang terdapat di dalam kitab Ihya’ dan mengeluarkan perkataan-perkataan falsafah dan sufi yang dianggap tersasar serta hadith-hadith yang menurut kajian beliau sebagai palsu.

image

Seterusnya al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (meninggal dunia 689 hijrah) meringkaskan lagi dengan menghasilkan kitab Mukhtasar Minhajul Qasidin.  Segala nas yang terkandung di dalam Minhajul Qasidin oleh al-Imam Ibnul Jauzi dinilaikan semula.  Manakala hadith-hadithnya disahkan dan dianalisa semula.

Walaupun sudah disaring, namun di sana masih lagi ada kritikan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap kitab Mukhtasar Minhajul Qasidin ini kerana menurut salah seorang pentahqiq kitab Mukhtasar, masih ada kisah-kisah Israiliyyat dan kisah-kisah ulama dan ahli-ahli zuhud yang perlu dinilai semula akan ketepatannya.

Inilah pemahaman saya terhadap apa itu kritikan di kalangan para ilmuan.  Mereka saling mengkritik atas dasar ilmu dan amanah yang mereka galas di bahu mereka.  Mereka mengkritik atas niat mahu menambahbaik.  Atas dasar ukhuwwah Islamiyyah yang mana masing-masing saling tampung-menampung.  Dan itu semua lahir dari rasa cinta mereka kepada kebenaran.

Semoga ALLAH menjaga qalbu kita dari bersangka buruk terhadap para ulama.  Dan semoga ALLAH merahmati para ulama yang bertungkus lumus membimbing kita.  Dan semoga ALLAH memelihara kita semua, amin…

Catitan mengenai sejarah terhasilnya Minhajul Qasidin dan Mukhtasar Minhajul Qasidin ada disebutkan di dalam muqaddimah 2 kitab di atas (rujuk foto).  Saya pun hanya mengenali kitab Mukhtasar ini melalui Sheikh Dr Abdul Basit Abdur Rahman.  Semoga ALLAH memelihara beliau dan saya dan kita semua, amin…

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: