Monthly Archives: October 2014

Jika Kamu Tak Dapat Jadi Ahmad bin Hanbal, Maka Jadilah Abu Al-Haitham!

إن لم تكن “أحمد بن حنبل”
فكن “أبا الهيثم” على الأقل!

يقول عبد الله بن أحمد بن حنبل:
كثيرا ما كنتُ أسمع أبي يقول:
اللهم اغفر لأبي الهيثم
اللهم ارحم أبا الهيثم

فقلتُ له: ومن أبو الهيثم يا أبت ؟

فقال: رجل ٌ من الأعراب لمَ أرَ وجهه!

ففي الليلة التي سبقت جَلدي وضعوني في زنزانة مظلمة
فوكزني رجل وقال: أأنتَ أحمد بن حنبل؟
قلتُ: أجل
قال: أتعرفني؟
قلت: لا
فقال: أنا أبو الهيثم اللص، شارب الخمر، قاطع الطريق، مكتوب في ديوان أمير المؤمنين أني جُلدت ثماني عشر ألف جلدة متفرقة
وقد احتملتُ كل هذا في سبيل الشيطان
فاصبر أنتَ في سبيل الله يا أحمد!

ولما أوثقوني وبدأ الجلد كنتُ كلما نزل السوط على ظهري تذكرتُ كلام أبي الهيثم وقلتُ في نفسي : اصبر في سبيل الله يا أحمد !

# إن لم تكن ابن حنبل فكن أبا الهيثم!

أحب الحق ولو كنتَ غارقاً في الباطل….

أحب أهل الطاعة ولو كنت غارقاً في المعصية….

كن لله مهما نال الشيطان منك
جميل أن يشاع هذا الحس بين المسلمين

أحب المحتسبين ولست منهم
ما المانع؟!

أفخر بديني وأدافع عنه وأستميت لأجله وأدافع عن الفضيلة
وأنا صاحب معاصي… لكن ديني ديني والتوحيد أولاً. ..

Apabila Kamu Tidak Mampu Jadi Seperti Ahmad Bin Hanbal.  

Maka Jadilah Sekurang-kurangnya Seperti Abu al-Haitham!

 Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (anak Imam Ahmad) pernah berkata:

Aku selalu mendengar ayahku menyebut dalam doa beliau:

Ya Allah Engkau ampunilah Abu al-Haitham

dan Engkau sayangilah beliau.

Lalu aku bertanya kepada ayahku: Siapakah Abu al-Haitham itu wahai ayahku?
Jawab Imam Ahmad: Beliau adalah seorang lelaki kampung/badwi yang aku tidak sempat melihat wajahnya.
Pada malam aku disebat (disebabkan fitnah khalqul Quran) mereka telah memasukkan aku ke bilik seksaan.
Maka aku telah ditarik (daripada belakang) oleh seorang lelaki lalu dia bertanya: Adakah kamu Ahmad bin Hanbal?
Maka jawabku: Ya.
Dia bertanya lagi: Tahukah kamu siapakah aku?
Aku menjawab: Tidak.
Lalu lelaki itu berkata: Aku adalah Abu al-Haitham yang merupakan seorang pencuri, peminum arak dan perompak di jalanan. Telah tertulis dalam rekod Amirul mukminin bahawa aku telah dipukul sebanyak 18 000 sebatan atas pelbagai kesalahan yg berbeza.
Sesungguhnya aku sabar menjalani hukuman ini dalam (kesesatanku) ketika aku berada di atas jalan syaitan.
Maka sabarlah kamu di atas jalan Allah wahai Ahmad !

Berkata Imam Ahmad: Setelah mereka mengikat aku maka apabila setiap sebatan singgah di belakangku , maka akan aku ingati kata-kata Abu al-Haitham lantas aku berkata kepada diriku: Wahai Ahmad! Sabarlah kamu di atas jalan Allah.

*Apabila kamu tidak mampu jadi seperti Ibn Hanbal maka jadilah seperti Abu al-Haitham!

Cintailah kebenaran walaupun ketika kamu sedang lemas dalam kebatilan…
Cintailah insan yang taat kepada Allah sedangkan kamu masih tenggelam dalam kemaksiatan….
Tetaplah kamu bersama Allah ketikamana syaitan menguasai dirimu…
Alangkah indah andai perasaan ini menyerap dalam setiap jiwa muslim…
Cintailah manusia yang sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah…
Maka apakah penghalang untuk kamu berbuat demikian?


Sesungguhnya aku amat bangga dengan agamaku, aku akan mempertahankannya dan aku akan tetap teguh kerananya. Aku mempertahankan agama ini atas dasar sebuah kemuliaan..
Walaupun aku seorang pendosa…namun agamaku adalah agamaku dan Tauhid merupakan perkara yang paling utama!

(Disalin dari status FB Ustadz Dr Juanda Jaya.  Terjemahan oleh Ustadz Wafiq Desa.)

Advertisements

Hikmah Larangan Jadikan Anjing Haiwan Peliharaan

Sebagai muslim, apa yang disuruh oleh ALLAH dan RasulNYA mesti kita beriman dengannya yakni berikrar akan mematuhinya, penuh percaya dengan hati dan melaksanakan apa yang diikrarkan dan dipercayai itu dengan patuh melalui perbuatan.  Itulah sifat orang-orang yang mengaku sebagai muslim dan mukmin.  Jika ditanya perihal sebab atau hikmah, itu pasti ada.  Sebab dan hikmahnya tentunya untuk kebaikan manusia dunia dan akhirat.  Yang utama, “kami dengar dan kami patuh”.

Saya tak mahu komen panjang mengenai program ‘I Want To Touch A Dog’ yang heboh beberapa hari ini.  Cukup secara ringkas: Continue reading


Kaedah Untuk Menyaring Dana Dari KWSP

Saya rasa ramai telah maklum bahawa pelaburan KWSP memang tidak menepati syariah Islam.  Ia isu lama yang belum diselesaikan hingga kini dan sukar untuk diselesaikan melainkan dengan iman yang sangat tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin kita.  Surat ini dengan jelas menyatakan ketidakpatuhan syariah dana KWSP (sumber web ustadz Zaharuddin).

Hendak keluarkan semua memang tak boleh melainkan telah sampai umur persaraan.  Tapi kalau hendak keluarkan sebahagian memang boleh berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh KWSP.  Silalah merujuk kepada KWSP.

Sudah tentulah apabila duit di dalam KSWP lama disimpan dan dilaburkan di dalamnya, maka bercampur-campurlah antara yang halal, syubhah dan yang haram.  Yang halal berpunca dari duit caruman kita dan majikan serta pelaburan-pelaburan yang halal yang dilakukan oleh KWSP.  Manakala yang haram berpunca dari pelaburan-pelaburan yang tidak patuh syariah.

Jadi, bagi orang yang beriman tentunya mereka tertanya-tanya bagaimana agaknya hendak memisahkan antara yang halal dan haram setelah duit di dalam dana tersebut beranak-pinak secara compounding sekian lama?  Tentu melibatkan pengiraan yang kompleks.  Dan ini pastinya menyusahkan orang awam yang mahu menitik beratkan soal halal dan haram ini.

Continue reading


Arak & Pesta Arak – Jangan Lali & Rasa Tidak Mengapa!

Dulu masa bujang mula-mula dapat pekerjaan di Shah Alam, apabila nampak kilang arak Carlsberg sebelah Lebuhraya Persekutuan siap tahan nafas lagi.  Punyalah benci.  Bukan setakat itu sahaja, malah macam-macam terlintas di fikiran akan tindakan-tindakan untuk menghapuskan kilang minuman dosa besar itu dari terus beroperasi.

Kini dah 15 tahun saya tinggal di Shah Alam.  Memandang kilang tersebut sudah menjadi kebiasaan buat saya.  Bau yang dikeluarkan oleh kilang tersebut sudah tidak lagi saya perasan.  Agaknya sudah tidak sensitif deria penglihatan dan deria bau saya terhadap kilang tersebut.  Dah lali orang kata.  Ini isyarat bahaya! Continue reading


Senarai Ajaran Sesat Dalam Selangor

image

image

image

Sumber:  Pamplet terbitan JAIS bertajuk ‘Ajaran Sesat’.


Buku: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Set Fiqhul Manhaji
Continue reading


JAKIM: KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH

KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah. Continue reading


%d bloggers like this: