Buku: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Set Fiqhul Manhaji

Kitab ini telah diterjemahkan dari karya asal yang bertajuk al-Fiqh al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i.  Ia merangkumi pelbagai perkara fiqh berdasarkan madzhab al-Imam asy-Syafi`i dan sangat terkenal di kalangan para ulama dan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama yang bermadzhab feqh asy-Syafi`i.

Ia dihasilkan oleh ashab al-fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji.  Kitab yang dihasilkan oleh 3 orang ulama Syria ini selalu menjadi rujukan dan bahan kuliah di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah agama dan masjid-masjid.  Ia sangat wajar dimiliki, dibaca dan ditekuni oleh masyarakat negara kita yang majoriti bermadzhabkan madzhab fiqh al-Imam asy-Syafi`i.

Maklumat Ringkas Kitab Terjemahan

  • Judul:  Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab Al-Syafie.
  • Oleh:  Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji.
  • Penterjemah:  Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri & rakan-rakan.
  • Penerbit:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Terjual dalam 5 jilid:
    • Jilid 1 (484 muka surat, berkulit keras):
    • Jilid 2 (525 muka surat, berkulit keras):
      • Zakat, Puasa, I`tikaf, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan, Kaffarah, Nikah & Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut`ah, Nusyuz.
    • Jilid 3 (474 muka surat, berkulit keras):
      • Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Wakaf, Wasiat, Pemegang Amanah, Ilmu Faraid.
    • Jilid 4 (513 muka surat, berkulit keras):
      • Jual Beli, Khiar, Al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba, Safr, Hutang, Anugerah, Kontrak Sewa, Ji`alah, Al-Sulh, Hiwalah, Syuf`ah, Musaqah, Muzara`ah, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan.
    • Jilid 5 (518 muka surat, berkulit keras):
      • Wakalah, Paksaan, Rampasan, Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Qazaf, Minum Arak, Dadah, Mencuri, Hirabah, Serangan, Pemberontak, Murtad, Hukuman Meninggalkan Solat, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pembahagian, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin Utama.

Keistimewaan

Berdasarkan pengamatan Sheikh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri sebagai Pengarah dan Musyrif Lajnah penterjemahan kitab ini, beliau dapati buku ini mempunyai pelbagai keistimewaan.  Berikut ini disenaraikan antara yang telah disebut oleh beliau di dalam muqaddimah kitab ini:

  • Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam feqah al-Shafie.
  • Kitab ini menggabungkan pernyataan fiqh dengan dalil-dalil naqli dan aqli.
  • Manhaj dan sistem buku ini dari segi metodologinya adalah sama pada setiap bab dan kitab.
  • Hadith yang dikemukakan dinyatakan nombor hadith, bab bagi hadith tertentu dan turut disertakan takhrijnya.
  • Pengarang juga menyebut sejarah pensyariatan tentang sesuatu perkara seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.
  • Kadang-kadang di dalam terjemahan kitab ini, penulis juga menyebut pendapat fuqaha’ seperti Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali dan lain-lain.  Ini menambahkan lagi khazanah ilmiah bertunjangkan fiqh al-Syafie.
  • Buku ini dimuqaddimahkan dengan pengenalan fiqh atau disebut dengan Madkhal Am yang mengandungi pengertian, kaitan antara fiqh dan aqidah, sifat fiqh, sumber-sumber fiqh dan juga pengertian istilah ilmu fiqh seperti fardhu, wajib dan lain-lain.
  • Pengarang juga menyebut wajah istidlal atau fiqh hadith yang dapat diambil daripada nas-nas naqli.
  • Kadang-kadang, pengarang menyebut sifat ibadah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang merentasi mazhab seperti cara Rasulullah berwudhu’, ibadah haji Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan lain-lain.
  • Ada kalanya disebut hukum-hukum dan masalah fiqhiyyah di bawah satu-satu tajuk untuk menambahkan lagi kefahaman dan permasalahan fiqh seperti dalam bab talaq, `iddah dan lain-lain.
  • Susunan dan metodologi buku ini menyamai risalah atau tesis Master dan PhD.  Ini tidaklah janggal kerana pengarang diasuh dengan sistem tersebut ketika menyiapkan tesis masing-masing.  Tidak syak lagi, kesarjanaan mereka terserlah berdasarkan metodologi yang mereka terokai.
  • Pengarang mengemukakan contoh-contoh yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan realiti masa kini bagi memantapkan kefahaman pembacanya.
  • Pengarang juga menyebut hikmah dan asrar berkenaan dengan hukum yang ditaklifkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala atau pensyariatan ibadat.  Ini disebut secara khusus di bawah tajuk hikmah.

Harga

  • Jilid 1:  RM50
  • Jilid 2:  RM50
  • Jilid 3:  RM50
  • Jilid 4:  RM50
  • Jilid 5:  RM50
  • Set lengkap Jilid 1-5:  RM250

(Harga belum masuk kos penghantaran).

Cara Pembelian

1)  Beli secara online dengan memasukkan jumlah harga buku dan caj pos penghantaran ke akaun berikut:

  • Maybank: 162272504827 atau
  • CIMB Islamic: 12770006681202
    • Pemilik akaun: Shahmuzir bin Nordzahir
    • Alamat email: shahmuzir@yahoo.com

Selepas melakukan pembayaran, silalah SMS/WhatsApp ke 019-3826408 maklumat berikut bagi tujuan pos penghantaran:

  • Nama penuh:
  • Alamat penuh:
  • No. telefon:

2)  Cash On Delivery (COD) di Shah Alam.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya melalui SMS/WhatsApp ke 019-3826408.

Semoga usaha ini dapat memanfaatkan dan memudahkan tuan/puan untuk memiliki kitab yang sangat baik ini, in shaa’ ALLAH.

Sekian, terima kasih.

Shahmuzir Nordzahir (019-3826408)


5 responses to “Buku: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: