Arak & Pesta Arak – Jangan Lali & Rasa Tidak Mengapa!

Dulu masa bujang mula-mula dapat pekerjaan di Shah Alam, apabila nampak kilang arak Carlsberg sebelah Lebuhraya Persekutuan siap tahan nafas lagi.  Punyalah benci.  Bukan setakat itu sahaja, malah macam-macam terlintas di fikiran akan tindakan-tindakan untuk menghapuskan kilang minuman dosa besar itu dari terus beroperasi.

Kini dah 15 tahun saya tinggal di Shah Alam.  Memandang kilang tersebut sudah menjadi kebiasaan buat saya.  Bau yang dikeluarkan oleh kilang tersebut sudah tidak lagi saya perasan.  Agaknya sudah tidak sensitif deria penglihatan dan deria bau saya terhadap kilang tersebut.  Dah lali orang kata.  Ini isyarat bahaya!

Saya pernah menulis mengenai lali dosa secara ringkas di tulisan yang lalu:

Semoga ALLAH tidak mencabut perasaan benci kita terhadap dosa dan apa-apa yang berkaitan dengannya.  Membenci dosa adalah termasuk dalam prinsip al-bara’ iaitu suatu prinsip penting dalam aqidah seseorang mukmin.  Seorang mukmin mesti membenci apa yang ALLAH benci.

ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman tentang arak:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

(Al-Baqarah ayat 219)

Dan firman ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Al-Maidah ayat 90)

Arak dan judi telah ALLAH sekalikan dalam ayat al-Quran akan pengharamannya.  Ia dosa besar.  Arak dan judi sama-sama merosakkan manusia dan saya rasa manusia sudah berpengalaman dengan kerosakan yang telah dihasilkan arak dan judi terhadap manusia dan kemanusiaan zaman berzaman.

Sebab itu dalam negara kita dikawal arak dan judi.  Ada lesen, kawalan dan penguatkuasaan.  Dan sebagai orang yang mmepunyai kuasa mereka boleh hendak benarkan dan tidak benarkan pelakuan arak dan judi di tempat masing-masing.

Pesta Minum Arak

Itu minum arak.  Apatah lagi jika ada orang yang mempestakan minum arak.  Lagilah besar dosanya.  Kerana ia suatu yang dipestakan dan bersuka-sukaan dengan dosa besar dalam skala yang besar.  Dan sebenarnya saya rasa cukup risau dengan sikap sesetengah ummat Islam yang berasa tidak mengapa apabila suatu dosa besar dipestakan.  Kata mereka “apa salahnya, mereka yang minum tu bukannya Muslim pun”.

Bukan begitu sepatutnya cara seorang mukmin merespon.  Kerana apabila ALLAH kata ia merosakkan maka ia merosakkan!  Dan kata-kata ALLAH adalah untuk semua.  Sebab ALLAH adalah tuhan kepada semua.  Dan semua bertuhankan ALLAH.  Moga keburukan arak ini dimaklumi oleh semua samada manusia itu mukmin atau bukan.  Sekali lagi ingin ditekankan:  Kerana ALLAH sudah menyatakannya begitu.

Minum arak adalah dosa besar.  Jangan ada dalam hati kita sedikit pun redha terhadapnya.  Dan jangan ada perasaan ‘tak mengapa’ apabila melihat orang minum arak, apatah lagi berpestaan minum arak.  Paling rendah:  mesti ada benci terhadap perbuatan itu.

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Sesiapa daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan tangannya.  Jika dia tidak mampu maka hendaklah ia ubah dengan lisannya.  Dan jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan qalbunya.  Dan itu adalah selemah-lemah iman.”

(HR Muslim.  Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu)

OktoberFest, suatu pesta arak besar-besaran yang diadakan di beberapa negeri di Malaysia mesti dibantah penganjurannya.  Ingat, Malaysia adalah negara Islam.  Walaupun individu yang belum Islam tidak salah dari segi undang-undang meminum arak, namun mempestakan minum arak secara besar-besaran di beberapa buah negeri adalah suatu tindakan yang luar biasa biadapnya.  Bantahan mesti dilakukan samada melalui tindakan oleh pihak berkuasa, atau melalui lisan / ceramah / tadzkirah / ucapan / tulisan / kenyataan atau paling rendah kita mesti menghadirkan rasa benci di dalam qalbu kita terhadapnya.

Sebagai menteri atau orang besar yang berperanan besar dalam pentadbiran negara atau negeri, mereka boleh memilih untuk tidak membenarkan pesta tersebut diadakan.  Mereka ada kuasa.  Justifikasi untuk tidak membenarkannya terlalu kuat.  Contohnya pencegahan dari aktiviti tidak bermoral, berpesta arak bukan budaya Malaysia dan sebagainya.  Tepuk dada tanyalah iman.

Jangan lali terhadap dosa.

Jangan bersikap tak mengapa terhadap dosa.

Itulah mesej utama tulisan ini.

Semoga ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, amin…

muzir.wordpress.com


One response to “Arak & Pesta Arak – Jangan Lali & Rasa Tidak Mengapa!

  • toy McIntosh

    Bantahan tu saya sokong tpi knapa bantahan terpilih? Itu yg jadi persoalannya.Tak kala Sultan S’gor rasmikan sebuah kelab malam dgn logo arak terpampang di depan pub tu…semua senyap. Kenapa? Takut derhaka? Pesta arak ini jga berlangsung di Johor,Melaka dan KL tpi yg kecohnya di S’gor? Penjualan arak secara terbuka berlaku secara terang- terang di BBintang tpi setakat ni tak ada orang yg serah memorandum bantahan.Kenapa??

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: