Monthly Archives: November 2014

Hanya ALLAH Tuhan Yang Diminta KepadaNYA Akan Pertolongan

Sangat jelas.  Hanya kepada ALLAH lah seluruh makhluq memohon sesuatu, hajat dan pertolongan.  Bukan kepada selain ALLAH.  Hatta bukan kepada Malaikat-MalaikatNYA dan bukan juga kepada Rasul-RasulNYA `alaihimus solatu was salam.

Minta hanya kepada ALLAH


Tak Wajar Larang Bukan Islam Ucap Ucapan Islamik

Ada institusi agama Islam mahu melarang perkataan-perkataan ini dari diucapkan oleh yang bukan Islam:

  • “Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.”

Continue reading


Kuiz: Laluan Manakah Yang Patut Dipilih?

1480487_10152085818818707_1204672618_n

Ahmad ternampak ada satu ruang kosong di saf pertama.  Dan beliau sangat-sangat mahu ke ruang tersebut kerana mahu merebut fadhilat berada di saf pertama.

Soalan:

Laluan manakah yang patut Ahmad pilih supaya beliau tidak melanggar adab lalu mendapat dosa?

Laluan 1, 2, 3, 4 atau 5? Continue reading


Al-Quran Adalah Untuk Semua Manusia & Jin!

Ramai orang Melayu anggap ALLAH adalah tuhan orang Islam sahaja.  Sedangkan ALLAH adalah Rabb al-`alamin, tuhan seluruh alam.  Hal ini selalu disebut-sebut oleh kita di dalam solat dan di luar solat.  Malangnya ramai yang tidak faham dan tidak menghayatinya.

ALLAH lah tuhan yang mencipta dan menjaga seluruhnya samada dia itu manusia atau jin atau haiwan atau apa sahaja.  Samada dia itu mukmin atau kafir, ALLAH lah yang memberikan rezeki, kemudahan dan kehidupan kepadanya.  Tiada tuhan lain.

Apa yang ALLAH kata sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran adalah untuk seluruh manusia.  Dengan membaca dan menghayati Al-Quran lah kita manusia dapat mengenali tuhan kita.  Dari situ akan terbahagi dua kumpulan besar: Continue reading


Jadual Majlis Ilmu Anjuran YaUM – NOVEMBER 2014

Jadual kuliah nov14

*APIUM:  Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

*Lokasi pejabat YaUM:  https://goo.gl/maps/79Lnu


Tiga Orang Paling Awal Diadili Pada Hari Kiamat, Lalu Dibongkar Niat Mereka Yang Sebenar

Engkau Bohong!

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, katanya aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

 إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ

فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا

قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟

قَالَ: قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ،

قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ

ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ،

Sesungguhnya manusia paling awal yang akan diadili ke atasnya ialah seorang lelaki yang mati syahid.

Maka dihadapkan kepadanya nikmat-nikmat yang pernah dia terima, lalu dia mengakuinya.

ALLAH berkata:  Lalu apakah kamu telah perbuat padanya?

Dia berkata:  Aku telah berperang pada jalanMU sehingga aku telah mati syahid,

ALLAH berkata:  Engkau bohong!  Tetapi yang sebenarnya engkau pergi berperang agar disebut sebagai orang yang berani.  Sungguh memang engkau disebut begitu.

Kemudian perintah diputuskan buatnya lalu dia diheret di atas mukanya sehinggalah dicampakkan ke dalam api neraka.

وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ

فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا

قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟

قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ،

قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ

ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ،

Dan kemudian seorang lelaki yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta selalu membaca al-Quran,

Maka dihadapkan kepadanya nikmat-nikmat yang pernah dia terima, lalu dia mengakuinya.

ALLAH berkata:  Lalu apakah kamu telah perbuat padanya?

Dia berkata:  Aku telah belajar ilmu dan mengajarnya serta aku membaca Al-Quran keranaMU,

ALLAH berkata:  Engkau bohong!  Tetapi yang sebenarnya engkau belajar al-Quran supaya engkau dikatakan sebagai orang yang pandai/`alim, dan engkau membaca al-Quran supaya engkau disebut sebagai qari.  Sungguh memang begitu kamu disebut.

Kemudian perintah diputuskan buatnya lalu dia diheret di atas mukanya sehinggalah dicampakkan ke dalam api neraka.

وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ

فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا

قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟

قَالَ: مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ

قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ

ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَـسُحِبَ عَـلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ

Dan kemudian seorang lelaki yang diluaskan ALLAH ke atas dirinya akan rezeki dan dikurniakan kepadanya bermacam jenis kekayaan harta.

Maka dihadapkan kepadanya nikmat-nikmat yang pernah dia terima, lalu dia mengakuinya.

ALLAH berkata:  Lalu apakah kamu telah perbuat padanya?

Dia berkata:  Tiada yang saya lihat ia merupakan jalan yang ENGKAU sukai untuk didermakan padanya melainkan pasti saya derma akannya untuk mendapat redhaMU.

ALLAH berkata:  Engkau bohong!  Yang sebenarnya engkau melakukan demikian supaya dikatakan sebagai orang yang penderma, maka sungguh memang engkau dikatakan begitu.  

Kemudian perintah diputuskan buatnya lalu dia diheret di atas mukanya sehinggalah dicampakkan ke dalam api neraka.”

(HR Muslim)

Continue reading


%d bloggers like this: