Al-Quran Adalah Untuk Semua Manusia & Jin!

Ramai orang Melayu anggap ALLAH adalah tuhan orang Islam sahaja.  Sedangkan ALLAH adalah Rabb al-`alamin, tuhan seluruh alam.  Hal ini selalu disebut-sebut oleh kita di dalam solat dan di luar solat.  Malangnya ramai yang tidak faham dan tidak menghayatinya.

ALLAH lah tuhan yang mencipta dan menjaga seluruhnya samada dia itu manusia atau jin atau haiwan atau apa sahaja.  Samada dia itu mukmin atau kafir, ALLAH lah yang memberikan rezeki, kemudahan dan kehidupan kepadanya.  Tiada tuhan lain.

Apa yang ALLAH kata sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran adalah untuk seluruh manusia.  Dengan membaca dan menghayati Al-Quran lah kita manusia dapat mengenali tuhan kita.  Dari situ akan terbahagi dua kumpulan besar:

  1. Orang-orang yang patuh pada kata-kata ALLAH.
  2. Orang-orang yang engkar pada kata-kata ALLAH.

Al-Quran itu adalah petunjuk buat seluruh manusia.  Ia menjadi keterangan yang menjelaskan lagi petunjuk tersebut dan ia menjadi panduan buat manusia untuk kenal lalu menjadi manual hakiki bagi membezakan yang benar dan yang salah. Semua manusia cuma hanya ada satu tuhan.  ALLAH lah tuhan manusia dan tuhan seluruh alam.  Dan semua mesti dengar cakap ALLAH.  Dan patuh!

Natijahnya manusia akan dibahagi kepada dua tempat tinggal, iaitu:
  1. Syurga bagi yang patuh kata-kata ALLAH.
  2. Neraka bagi yang engkar kata-kata ALLAH.

Jadi, Al-Quran ini sangat penting untuk semua manusia tahu mengenainya.  Kerana natijahnya sangat besar.

Kalau seorang raja atau menteri berkata sesuatu, rasanya semua setuju bahawa seluruh rakyat tidak kira apa pun latar belakang patut dengar dan patuh.  Tapi kenapa apabila ALLAH yang berkata, kita tak rasa seluruh manusia patut dengar dan patuh?

Kenapa kita rasa cuma yang beragama Islam sahaja patut dengar dan patuh?  Manusia lain bebas.

Kenapa kita rasa Al-Quran ditujukan khas buat yang beragama Islam sahaja?

Sedangkan ALLAH adalah raja segala raja.  DIA memiliki semua raja dan semua kerajaan dan seluruh alam.  ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.  Semua mesti dengar dan patuh!  Kerana semua di bawah kerajaan ALLAH!

Kita mesti murnikan cara fikir kita.  Jangan bataskan haq ALLAH.  Jangan sempitkan bahawa hanya golongan tertentu sahaja mempunyai akses dan mesti patuh kepada Al-Quran.  Jangan lidah kata ALLAH adalah Rabb al-`alamin tapi kata-kata itu hanya sangkut di lidah dan kerongkong kita.  Tak masuk sampai ke hati/qalbu.  Rabb al-`alamin bermaksud tuhan sekalian alam.  Maka, kata-kataNYA mesti sampai kepada semua.  Jangan dibataskan pula.

Ya, Al-Quran adalah kata-kata ALLAH.  Seluruh makhluq yang berada di bawah pentadbiranNYA, mesti mempunyai akses kepada Al-Quran.  Jangan mengeksklusifkan Al-Quran hanya untuk orang yang sudah memeluk Islam sahaja.  Dan lebih dahsyat lagi, janganlah pula mengeksklusifkan Al-Quran hanya untuk Melayu sahaja.

Semua ayat-ayat di dalam Al-Quran adalah untuk seluruh manusia mengambil manfaat padanya.  Padanya ada panduan.  Padanya ada suruh dan larang.  Padanya tiada keraguan.  Jelas ia sebuah kebenaran.  Dengannya manusia boleh jadi samada ALLAH redha padanya atau tidak, samada dia patuh atau tidak, samada ke syurga atau ke neraka.

Sebarkanlah ayat-ayat Al-Quran.  Beri peluang semua manusia baca.  Jangan kedekut!  Semua ayat di dalamnya teraplikasi buat semua.  Kerana ALLAH Rabb al-`alamin, tuhan seluruh alam.

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: