Tak Wajar Larang Bukan Islam Ucap Ucapan Islamik

Ada institusi agama Islam mahu melarang perkataan-perkataan ini dari diucapkan oleh yang bukan Islam:

  • “Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.”

Itulah yang telah dilaporkan oleh akhbar hari ini.

Bukankah ini tindakan ke belakang dari segi dakwah?  Sepatutnya kita biarkan mereka mesra dengan agama Islam dan ucapan-ucapan Islami seperti di atas.  Supaya mereka kenal dan terbiasa dengan kalimah-kalimah mulia tersebut dan mudah-mudahn hati mereka menjadi jinak dan tidak asing dengan ajaran Islam.

Saya faham bahawa larangan tersebut mungkin bertujuan baik oleh pihak berkenaan, namun saya pinta agar pertimbangkanlah semula.  Kerana ia suatu tindakan yang tidak memajukan dakwah.

Kita sudah biasa mendengar cerita-cerita orang yang masuk Islam.  Ada antara mereka yang dulunya bercampur dengan masyarakat muslim dan sudah biasa dengan cara kehidupan orang Islam sehingga bahasa dan perkataan yang ada kaitan agama pun sudah biasa mereka ucapkan.  Malah ada sebahagian mereka yang sudah hafal beberapa ayat yang pendek dari al-Quran dan tahu maknanya ketika zaman remaja.  Akhirnya mereka masuk Islam setelah dewasa kerana hati mereka telah jinak dan mesra dengan Islam.

Dan kita juga tahu bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi pada zaman Nabi lebih utama untuk mereka masuk Islam lantaran sudah biasa dengan wahyu-wahyu dari langit.  Persamaan yang ada antara ajaran Nabi Muhammad dan Nabi-Nabi terdahulu menjadi sebab mudahnya mereka menerima Islam (melainkan yang degil).  Istilah-istilah agama dan keimanan kepada perkara-perkara ghaib sudah sebati dalam hati mereka, tinggal lagi mahu dimurnikan dengan syariat Nabi terakhir iaitu syariat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Hal ini jugalah diambil penting oleh para pendakwah yang arif dalam bab perbandingan agama.  Al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat, Sheikh Dr Zakir Naik, Sheikh Yusuf Estes dan lain-lain tokoh yang kehadapan dalam usaha dakwah kepada yang bukan Islam di peringkat antarabangsa telah cuba mencari titik persamaan antara agama-agama di dunia lalu menggunakannya untuk menyatukan manusia atas aqidah yang sahih lagi tulen yang diredhai ALLAH.  Mereka cuba menjinakkan hati manusia kepada Al-Quran dan membiasakan mereka dengannya.  Malangnya kita di sini tidak.

Biarlah yang bukan Islam nak sebut ucapan-ucapan di atas.  Mungkin hari ini ucapan-ucapan tersebut hanya mainan bibir tanpa makna.  Mudah-mudahan mungkin suatu hari nanti mereka mengucapkannya dengan penuh penghayatan dari hati yang ikhlas.  Ia boleh menjadi sebab untuk mereka kenal Islam lalu menjadi seorang Muslim.  In shaa ALLAH…

Jangan jauhkan manusia dari Islam.  Kenalkan mereka dengan Islam seboleh-bolehnya.  Jangan tutup pintu kepada mereka untuk mengenal Islam.  Jangan biarkan mereka liar jauh dari Islam.  Dekatkan…  Dekatkan…!

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: