Monthly Archives: February 2015

Surat Dari Guru Besar Yang Berjiwa Pembimbing

Surat berikut telah ditulis oleh Guru Besar Barrowford Primary School yang terletak di United Kingdom.  Surat ini ditujukan kepada semua pelajar tahun 6 yang telah memperolehi keputusan peperiksaan sekolah tersebut.  Cuba baca dan hayati seni mendidik yang tertulis pada surat yang diterima oleh salah seorang pelajar sekolah tersebut yang bernama Charlie Owen. Continue reading


“Aku Tidak Meminta Kepada Kamu Sebarang Upah…” Diulang 5 Kali!

Di dalam al-Quran surah asy-Syu`ara’, ayat berikut diulang sebanyak 5 kali:

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Tuhan sekalian alam.”

Continue reading


Kuliah Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum

kuliah ar-rahiq al-makhtum

Kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum terbitan YADIM boleh didapati daripada saya, in shaa’ ALLAH.  Rujuk pautan ini:

Atau boleh juga SMS/WhatsApp ke 019-3826408 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.


Apa Kata Tokoh Non-Muslims Mengenai Nabi Muhammad SAW?

Sungguh!  Kita tidak peduli apa yang dikatakan oleh orang-orang yang bukan Islam mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Tidak kiralah samada kata-kata itu berbentuk pujian ataupun kejian.  Kerana kata-kata mereka tidak mempunyai nilai buat kita.  Kerana kita sudah tahu bahawa kemuliaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah diiktiraf oleh ALLAH Tuhan Seluruh Alam.  Dan itulah yang paling penting.

Cukuplah apa yang telah dikatakan ALLAH `Azza wa Jalla.  Kerana ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Memiliki Dan Berkuasa Ke Atas Segalanya.  Kerana ALLAH lah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA.  Tiada tuhan selain DIA.  Dan kerana kata-kata ALLAH itulah yang paling utama.

Antara pengiktirafan ALLAH kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terakam di dalam al-Quran: Continue reading


Penghormatan Manusia Buat Wanita Yang Berhijab

hijabApabila seseorang wanita memakai hijab sebagaimana yang disyariatkan Islam, manusia lain secara umumnya akan menganggap wanita itu sebagai wanita yang mulia dan tidak patut diganggu.  Itulah perasaan yang tercampak ke dalam hati-hati manusia.  Mereka dengan mudah melihat wanita-wanita yang berhijab sebagai wanita terhormat, in shaa’ ALLAH.

Cuba tonton video ini yang menunjukkan reaksi berbeza manusia terhadap gangguan kepada wanita tidak berhijab VS wanita berhijab.  Sungguh pun video berikut bukanlah hujjah untuk menguatkan mesej di perenggan di atas, namun ia bisa menjadi suatu yang difikirkan iktibarnya. Continue reading


%d bloggers like this: