“Aku Tidak Meminta Kepada Kamu Sebarang Upah…” Diulang 5 Kali!

Di dalam al-Quran surah asy-Syu`ara’, ayat berikut diulang sebanyak 5 kali:

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Tuhan sekalian alam.”

Kita boleh jumpa ayat di atas dinyatakan di dalam ayat yang ke 109, 127, 145, 164 dan 180.

Ia direkodkan di dalam al-Quran sebagai ucapan oleh 5 orang Rasulullah iaitu Nuh (ayat ke-109), Hud (ayat ke-127), Salih (ayat ke-145), Lut (ayat ke-164 dan Syu`aib (ayat ke-180), `alaihimussolatu was salam.

Kelima-lima Rasulullah di atas tatkala menyeru kaum masing-masing agar bertaqwa kepada ALLAH, mereka kemudian menyatakan kepada kaum mereka dengan ucapan yang sama iaitu mereka bukan mahu apa-apa ganjaran atau upah dari kaum mereka atas dakwah yang mereka lakukan.

Yang mereka harapkan hanyalah semata-mata ganjaran dari ALLAH, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.  Mereka tidak mempunyai niat yang lain, tidak mahu mengambil kesempatan, tidak mahu mengambil harta dan kekayaan dari manusia.  Melainkan ikhlas hanya kerana ALLAH.

Ayat di atas benar-benar menepuk ke dalam qalbu kita agar segera muhasabah.

Mereka para Rasul kata:

“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Tuhan sekalian alam.”

Kita pula kata apa?

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: