Monthly Archives: May 2015

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun

Umur 40 adalah umur kematangan fikiran seseorang manusia.  Pada saat umur 40 tahun, seseorang manusia sewajarnya sudah mempunyai kefahaman dan kesabaran yang sempurna.  Ya, sepatutnya begitulah.

Dikatakan bahawa para Nabi `alaihim as-solatu wa as-salam dilantik menjadi utusan ALLAH pada umur masing-masing 40 tahun.  Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam juga begitu.  Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, disebutkan bahawa umur Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi ialah pada umur Baginda 40 tahun, 6 bulan dan 12 hari mengikut kalendar qamariah (perkiraan bulan).  Manakala jika mengikut kalendar syamsiah (perkiraan matahari), umur Baginda dilantik Nabi ialah pada umur 39 tahun, 3 bulan dan 12 hari.  Allahu A`lam. Continue reading


Ummat Islam Ibarat Satu Bangunan / Jasad

Dalam satu hadith dari Abu Musa radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا “.‏‏”

وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏.‏

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”.  

Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya.

(HR al-Bukhari)

Continue reading


%d bloggers like this: