Ummat Islam Ibarat Satu Bangunan / Jasad

Dalam satu hadith dari Abu Musa radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا “.‏‏”

وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏.‏

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”.  

Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya.

(HR al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain pula, dari An-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

 تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh.  Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.”

(HR al-Bukhari)

Di dalam kedua-dua hadith di atas, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah memberikan satu perumpamaan yang sangat jelas dan mudah untuk difahami.  Perumpamaan-perumpamaan ini menunjukkan betapa pentingnya persaudaraan sesama ummat Islam, kesatuan, saling menyayangi, saling kuat-menguatkan dan prihatin antara satu dengan yang lain.  Perasaan ini semuanya lahir dari jiwa yang sihat imannya.

Seorang mukmin tidak wajar hanya memikirkan tentang diri sendirinya sahaja.  Dia mesti mengambil tahu dan menolong saudara seagamanya sekiranya ditimpa kesusahan.  Malah berasa susah hati dan tidak senang duduk melihatkan orang Islam yang lain ditimpa kesusahan.

Hilangnya perasaan saling menyayangi, ambil berat, kasihan dan tolong-menolong sesama ummat Islam memberi isyarat bahawa iman di dalam diri kita sedang dilanda masalah.  Dan inilah yang kita lihat berlaku di sekeliling kita, termasuklah diri kita sendiri.

Lemahnya kesatuan ummat Islam adalah kerana kita tidak saling kuat menguatkan.  Yang lebih menyedihkan ialah ada sebahagian kita yang selalu tuduh-menuduh, bertengkar dan malah bermusuhan.  Bagaimana hendak kukuh sesebuah bangunan jika setiap komponen bangunan tidak saling kukuh-mengukuhkan?

Satu lagi masalah kita ialah hilangnya rasa kekitaan sesama ummat Islam.  Perasaan ‘satu ummat’ yang pernah disatukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ketika hayat Baginda dan disambung usaha itu oleh para Sahabat radhiAllahu `anhum telah luntur akibat masing-masing taksub dengan pandangan dan kumpulan masing-masing.  Dan kita juga lebih memilih untuk dikenali sebagai satu-satu bangsa atau satu-satu negara berbanding dikenali sebagai ‘muslim’ yang mana gelaran ‘muslim’ itu memadam garisan negara dan memadam warna kulit.  Sebab itulah kita hilang rasa kekitaan yang Nabi telah gambarkan sebagai suatu nilai istimewa kita sesama muslim.  Iaitu saling menyayangi, cinta-mencintai, bantu-membantu dan doa-mendoakan antara satu sama lain.  Kita semakin hilang perasaan itu.

Sepatutnya hadith-hadith di atas direnung dalam-dalam oleh kita semua.  Banyak lagi pesan-pesan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang menyeru kepada persaudaraan.  Apatah lagi dalam al-Quran.  Betapa jauhnya kita dari ajaran sebenar agama Islam.  Seharusnya kalam Nabi di atas bisa mengetuk qalbu kita dan mengheret kita semua supaya lekas muhasabah.  Jika tidak muhasabah, tidak insaf dan tidak berbuat apa-apa untuk bertindak, maka kita khuatir iman kita terus merudum lalu menjunam rosak.

Semoga dengan kita sama-sama bermuhasabah diri, kita dapat memperbaiki sikap kita terhadap ummat Islam yang lain.  Dan supaya kita menjadi mukmin yang benar-benar mukmin sebagaimana piawaian yang telah ditetapkan oleh Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.  Iaitu kaum mukminin ibarat satu bangunan atau satu badan.  Saling kuat-menguatkan dan saling merasa apa yang dirasa oleh saudara semuslimnya yang lain.

Baca semula hadith-hadith di atas dan hayatilah.

Kepada ALLAH kita pinta akan hidayah dan taufiq.

muzir.wordpress.com


One response to “Ummat Islam Ibarat Satu Bangunan / Jasad

  • fihanri

    Adakah orang orang Rohingya itu Mukmin??atau adakah mereka setakat islam sahaja. Tak sama orang mukmin dan orang islam. Kalau orang Rohingya sememang nya mukmin(berdasarkan cara hidup puak mereka yang telah berada di Malaysia) maka memang patut kita bermatian untuk mereka.!!!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: