Dialog 2 Orang Sahabat Nabi Mengenai Maksud Taqwa

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah ada membawakan dialog 2 orang sahabat Nabi di dalam kitab tafsirnya tatkala mentafsirkan makna taqwa dari ayat ke-2 surah al-Baqarah.

Dikatakan bahawa Amirul Mukminin Saidina `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka`ab radhiAllahu `anhu mengenai taqwa.

Lalu berkatalah Ubai: “Pernahkah engkau melalui suatu lorong yang banyak duri?”

`Umar menjawab: “Ya, bahkan.”

Ubai bertanya kembali: “Lalu, apakah yang engkau lakukan?”

`Umar menjawab: “Aku akan bersungguh-sungguh dan hati-hati.”

Ubai menjawab: “Itulah taqwa.”

Bukan `Umar radhiAllahu `anhu tidak tahu maksud taqwa.  Beliau tahu.  Malah `Umar adalah antara sahabat Nabi yang paling bertaqwa.

Tapi memang begitulah sifat sahabat-sahabat Nabi.  Mereka saling tolong-menolong untuk menerapkan taqwa ke dalam qalbu masing-masing.  Antara caranya ialah saling berbincang dan meminta pandangan.  Apatah lagi setelah kekasih mereka iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah wafat.  Dialog di atas berlaku pada zaman `Umar bin al-Khattab menjadi Amirul Mukminin menggantikan Abu Bakr radhiAllahu `anhu.

Ya, itulah sifat taqwa.  Sifat yang penuh hati-hati dan bersungguh-sungguh bagi menjauhkan diri dari terkena duri-duri dosa dan perkara-perkara yang syubhah.  Penuh hati-hati dan bersungguh-sungguh dalam menjalani ketaatan kepada suruhan-suruhan ALLAH dan menjauhi larangan-laranganNYA.  Penuh hati-hati dan bersungguh-sungguh tatkala berjalan di atas garis kehidupan sebagai hamba ALLAH.  Sifat inilah yang dikehendaki ALLAH agar ia ada dalam setiap qalbu manusia.  Iaitu sifat taqwa.

Sifat ini tidak terdapat pada jubah, serban, janggut atau lain-lain. Tetapi ia duduk di dalam dada seseorang hamba. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:

التَّقْوَى هَهُنَا

“Taqwa itu di sini.”

(HR Muslim. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengucapkan perkataan di atas sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali. Maksudnya sifat taqwa itu duduk di dalam qalbu manusia.

Kepada ALLAH lah kita memohon supaya hidayah dan taufiqNYA menunjuki kita di sepanjang kehidupan ini.  Dan kepadaNYA kita pohon agar sifat taqwa itu menyubur di dalam diri.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa dengan doa berikut:

اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَ التُّقَى وَ الْعَفَافَ وَ الْغِنَى

“Ya ALLAH, sesungguhnya daku memohon dariMU akan petunjuk, sifat taqwa, sifat mensucikan diri dari dosa dan sifat berasa cukup.”

(HR Muslim. Dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu)

Semoga ALLAH mengurniakan sifat taqwa ke dalam qalbu kita, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: