Projek Sumbangan Al-Quran Ramadhan 1436

Sebelum masuk Ramadhan 1436, saya ada mengumumkan tentang projek sumbangan al-Quran.  Alhamdulillah, sebanyak 120 naskhah dapat disumbangkan hasil murah hati ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan lingkungan di Facebook/WhatsApp.

Kesemua 120 naskhah al-Quran tersebut telah diagihkan seperti berikut:

  1. Masjid al-I`tisam, TTDI Jaya, Shah Alam – 30 naskhah.
  2. Pusat Tahfiz Ihya Ulum Wahyu, Meru, Klang – 40 naskhah.
  3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam – 20 naskhah.
  4. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam – 10 naskhah
  5. 20 naskhah lagi telah diamanahkan kepada saudara Zakir dan Fauzan dari Yayasan Usuluddin Malaysia untuk diagih-agihkan ke masjid/surau yang dirasakan memerlukan.

Setelah projek itu ditutup, masih ada lagi yang bertanya untuk turut serta.  Masing-masing terlepas makluman pasal projek tersebut.

Di Facebook dan WhatsApp hari ini saya telah mengumumkan bahawa projek sumbangan Ramadhan sekali lagi diadakan seperti berikut:

Sumbangan al-Quran

PROJEK SUMBANGAN AL-QURAN KALI -2 RAMADHAN 1436

Assalamu `alaikum. Dengan menyebut nama ALLAH, saya melancarkan sekali lagi usaha sumbangan al-Quran pada hari yang mulia dan bulan yang mulia ini, Jumaat 9 Ramadhan 1436. In shaa’ ALLAH, butiran seperti berikut:

*Bermula:
Jumaat 9 Ramadhan 1436 / 26 Jun 2015.

*Tamat:
Jumaat 16 Ramadhan 1436 / 3 Julai 2015.

*Agihan:
Sabtu 17 Ramadhan dan Ahad 18 Ramadhan 1436.
(Mungkin juga akan diagihkan sebelum tarikh di atas)

*Butiran naskhah al-Quran:
– RM30 senaskhah al-Quran.
– Bersaiz A4.
– Kertas putih.
– Diluluskan KDN
– Rupanya seperti dalam gambar.

Buat tuan/puan yang berminat menyertai usaha ini, bolehlah terus masukkan jumlah yang dikehendaki ke akaun berikut:

=====
Maybank: 162272504827
Atas nama: Shahmuzir bin Nordzahir
Email: shahmuzir@yahoo.com
=====

Sila maklumkan ke 019-3826408 (SMS/WhatsApp) sekiranya sudah memasukkan duit. Boleh juga dimaklumkan melalui PM FB. Supaya mudah direkod dan diuruskan.

Maksud kepada usaha ini ialah:

–  Memberikan peluang kepada kita semua berbuat kebaikan pada bulan Ramadhan. Salah satunya ialah dengan infaq menyumbang al-Quran ke masjid / surau /sekolah dan sebagainya.

–  Mengharapkan ganjaran yang banyak dari ALLAH atas keberkatan yang ALLAH limpahkan kepada bulan Ramadhan.

–  Ramadhan adalah bulan al-Quran. Masing-masing berebut mendampingkan diri dengan al-Quran. Usaha ini mudah-mudahan dapat menambah jumlah naskhah al-Quran yang sedia ada dan sebagai alternatif kepada al-Quran yang sudah lusuh sifatnya.

–  Menyediakan naskhah al-Quran yang baik dan berkualiti terutama buat orang ramai yang beriktikaf di masjid pada akhir 10 Ramadhan.

–  Naskhah Al-Quran yang disumbangkan ke tempat2 terpilih akan kekal agak lama di situ. Mudah-mudahan pahala terus mengalir buat para penyumbang dengan termanfaatnya naskhah tersebut oleh orang ramai yang mentilawahinya, mentadarusinya dan mentadabburinya. In shaa’ ALLAH…

Semoga ALLAH berkati usaha ini, amin…

Shahmuzir bin Nordzahir,
019-3826408

Sekadar memaklumkan buat sesiapa yang berminat menyertai.  Semoga ALLAH redha kepada kita semua, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: