Monthly Archives: July 2015

Perbandingan Manuskrip Al-Quran ‘Tertua’ Yang Dijumpai Dengan Mushaf Kini

Dikatakan bahawa beberapa helai manuskrip al-Quran paling tua yang diperbuat daripada kulit binatang telah dijumpai berada di dalam simpanan University of Birmingham, United Kingdom.  Menurut pengkaji, berdasarkan ujian radiokarbon yang dilakukan, dianggarkan bahawa usia manuskrip tersebut mungkin 1370 tahun.  Ujian juga telah mencadangkan beberapa tarikh kemungkinan manuskrip tersebut wujud, iaitu dalam julat tahun 568 hingga 645 masihi.  Allahu A`lam.

Berita mengenai penemuan ini boleh dibaca di sini:  http://www.bbc.com/news/business-33436021

Sebagai contoh:  Jika dianggap bahawa manuskrip tersebut wujud pada tahun 645 masihi, maka ia berkemungkinanwujud pada zaman pemerintahan sayyidina `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu menjadi Amirul Mukminin kerana beliau menggantikan sayyidina `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu yang dibunuh pada tahun 644 masihi.

Atau mungkin manuskrip itu wujud sebelum dari itu lagi berdasarkan julat tahun yang diberikan.  Tetapi tidak mungkin lebih awal dari 610 masihi kerana Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam menjadi Rasulullah (menerima wahyu pertama) pada tahun 610 masihi dan Baginda wafat pada tahun 632 masihi.  Secara lojiknya, manuskrip tersebut tentu wujud di akhir hayat Baginda atau selepas kewafatan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.

Allahu A`lam.  Kemungkinan-kemungkinan yang saya senaraikan di atas adalah berdasarkan fakta angka yang disebut di awal tulisan yang diperolehi dari kajian yang telah buat.  Tentulah ada ralat samada banyak atau sedikit.

Tulisan ini bukanlah mahu mengkaji secara kritis mengenainya.  Cuma sekadar mahu menikmati penemuan yang mengujakan ini.  Memang rasa teruja tatkala membaca berita ini.  Kepada ALLAH lah kita puji dan tasbih!

Saya telah meneliti tulisan di dalam manuskrip tersebut melalui foto yang telah dimuatnaik oleh sumber di atas.  Saya dapati ia adalah helaian yang mengandungi sebahagian ayat-ayat al-Quran dari surah Maryam hingga surah Taha.  Foto-foto di bawah dihasilkan bagi membuat perbandingan antara manuskrip yang dijumpai tersebut dengan mushaf kini:

Slide1 Slide2 Slide3 Slide4 Slide5 Slide6

Allahu A`lam.  Itulah dapatan saya.

Untuk membaca makna ayat-ayat di atas, tuan/puan bolehlah menjenguk ke laman berikut:

Penemuan seperti ini memang suatu yang mengujakan kita semua.  Sekiranya penemuan ini benar, maka sekurang-kurangnya kita dapat melihat bagaimana ayat-ayat al-Quran ditulis sewaktu zaman dahulu.  Yang mana huruf-hurufnya ditulis tanpa titik dan baris.  Dan ia ditulis di atas kulit binatang.  Allahu Akbar!

Dan antara manfaat iman yang boleh diperolehi ialah semakin kukuh iman kita kepada firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH pasti akan memelihara al-Quran sejak ia diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sampai pada zaman kita hidup dan sampai ke Hari Kiamat.  Firman ALLAH Ta`ala:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

(Surah al-Hijr, 15:9)

Maklumat tambahan yang boleh dimanfaatkan dari penemuan manuskrip tersebut ialah mengenai pengumpulan dan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran yang sudah mengikut tertib seperti yang ada pada hari ini.  Jika pada tahun 645 masihi al-Quran sudah disusun mengikut tertib, ini mungkin bermakna al-Quran sudah disusun lebih awal lagi sebagaimana sebahagian pendapat para ulama yang mengatakan bahawa al-Quran telah disusun pada zaman Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam lagi.  Allahu A`lam.

Semoga ALLAH Ta`ala menjadikan kita semua orang-orang yang suka membaca dan mendampingi al-Quran, amin…

muzir.wordpress.com


370 Naskhah Al-Quran Telah Diagihkan!

Sumbangan al-Quran

Alhamdulillah, sebanyak 370 naskhah al-Quran telah terkumpul sepanjang Projek Sumbangan Al-Quran Ramadhan 1436.  Kesemua naskhah al-Quran telah diagih-agihkan seperti berikut:

  1. Masjid al-I`tisam, TTDI Jaya, Shah Alam – 30 naskhah.
  2. Pusat Tahfiz Ihya Ulum Wahyu, Meru, Klang – 40 naskhah.
  3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam – 80 naskhah.
  4. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam – 10 naskhah
  5. Diamanahkan kepada saudara Zakir dan Fauzan dari Yayasan Usuluddin Malaysia untuk diagih-agihkan ke masjid/surau yang dirasakan memerlukan – 20 naskhah.
  6. Masjid ar-Raudhah, Tanjung Karang – 20 naskhah.
  7. Masjid Ma’muniah, Sungai Nipah – 20 naskhah.
  8. Masjid UIAM, Gombak – 40 naskhah.
  9. Majlis Iftor Amal Perdana, Khatam al-Quran dan Sumbangan Amal Kebajikan bersama Mufti WP Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, anjuran Syabab Care di Gombak – 40 naskhah.
  10. Masjid asy-Syarif, Meru, Klang – 40 naskhah.
  11. Darul Quran Maahad Tahfiz Al-Quran wa Ulumuddin, Sungai Besar – 30 naskhah.

Semoga ALLAH berkati usaha ini dan tuan/puan semua yang telah terlibat menjayakan, amin.  Kepada ALLAH lah kita mengharapkan agar amalan ini memberi manfaat buat kita semua, amin…

muzir.wordpress.com


Apakah Yang Lebih Baik Untuk Dijadikan Harapan?

Biasanya manusia meletakkan harapan pada sesuatu yang dapat menguntungkan dan menyelamatkan mereka.  Terutama pada saat mereka ditimpa kesusahan.

Bilakah saat paling getir manusia?

Apabila saat paling getir itu berlaku, pada apakah kita hendak letakkan harapan?

Saat paling getir manusia ialah saat dibangkitkan ALLAH untuk dihisab.  Kerana saat itu adalah waktu manusia diputuskan samada berjaya atau kalah, gembira atau kecewa,  Syurga atau Neraka.

Tiada saat yang lebih getir dan menakutkan melainkan saat ini.  Masing-masing ketakutan dan hilang pertimbangan.  Masing-masing hanya fikir untuk menyelamatkan diri sendiri kerana di hadapan mereka terbentang nasib yang sangat dahsyat.

Bagaimana untuk menyelamatkan diri?

Pada siapakah kita hendak panjatkan harapan dan minta pertolongan?

Tentulah jawapannya ialah ALLAH.  Dengan rahmat ALLAH lah kita boleh terselamat.  Tapi untuk mendapatkan rahmat ALLAH, hendaklah kita terlebih dahulu berusaha mendapatkannya.

Antara sebab utama kita boleh mendapat rahmat ALLAH ialah melalui ketaatan kita kepada ALLAH ketika hidup di dunia.  Apa yang ALLAH suruh kita buat.  Apa yang ALLAH larang kita tinggalkan.

Sebab itulah ketika di dunia kita mesti memperbanyakkan amalan-amalan soleh iaitu yang sesuai dengan perintah ALLAH melalui al-Quran dan as-Sunnah.  Kerana amalan-amalan inilah yang menjadi sebab untuk kita beroleh harapan yang baik dan kukuh pada Hari Akhirat kelak.

ALLAH Jalla wa A`la berfirman:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Maksudnya:

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia;

dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,

dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

(Surah al-Kahfi, 18:46)

Ya.  Harapan kita ialah pada amalan soleh kita sendiri.

Sebab itulah kita berkewajiban untuk memastikan agar amalan-amalan kita tepat menurut apa yang ALLAH Ta`ala mahu, tepat menurut apa yang Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ajarkan dan hendaklah kita melakukannya dengan sungguh-sungguh.  Bahkan kita sepatutnya mengharapkan agar ALLAH menerima amalan-amalan tersebut supaya ia tidak ditolak ALLAH dan menjadi sia-sia.  Amalan-amalan tersebut bakal menjadi harapan yang boleh menyebabkan kita mendapat rahmat ALLAH.

Peri pentingnya sesuatu amalan diterima ALLAH pernah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim dan Isma`il `alaihima as-solatu wa as-salam sebagaimana disebut di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 127.  Mereka pernah berdo`a kepada ALLAH setelah siap membina asas Ka`bah dengan do`a berikut:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعٌ الْعَلِيمٌ

Bermaksud:

“Tuhan kami, terimalah (amalan) dari kami,

sesungguhnya ENGKAU lah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh kita ber`amal dan terus ber`amal.  Kerana itulah harapan kita.  Berbaloi untuk kita bersusah payah kerananya.  Pada saat susah atau senang, sempit atau lapang, huru-hara atau aman, orang benci atau suka; teruskanlah beramal demi mendapat redha dan rahmat ALLAH.  Pada amal-amal soleh itulah kita berharap agar ia menjadi sebab ALLAH selamatkan kita dan rahmati kita.  Bukanlah harapan itu pada manusia, kumpulan, harta dan seumpamanya.

ALLAH Al-Musta`an.

muzir.wordpress.com


Panduan 2 Hari Raya – Fiqh as-Sunnah, Syarah oleh Maulana Shaari


Salam `Eidul Fitri 1436

Ucapan

`Eidul-Fitri 1436

Selamat menyambut Hari Raya `Eidul-Fitri dan Maaf Zahir Batin.  Semoga ALLAH Ta`ala terima amalan kita semua, amin.

Sekadar peringatan ringkas mengenai perkara yang sering masyarakat leka pada musim raya begini:

  1. Tangan janganlah bebas bersalam dengan yang bukan mahram. Bezakan antara yang halal dan yang haram bersentuhan.
  2. Kaki janganlah melangkah ke tempat-tempat yang lagha seperti pawagam dan seumpamanya. Kaki juga janganlah kaku di hadapan TV. Berziarahlah.
  3. Mata janganlah melilau melihat kecantikan gadis-gadis yang berkeliaran bergaya sana-sini. Alihkan juga pandangan mata dari TV.
  4. Lidah janganlah terlalu bebas berbicara sampai termengumpat, terbohong dan terfitnah orang lain. Waktu raya begini, apabila jumpa ramai orang tentu lidah pun macam-macam nak kata.
  5. Telinga janganlah banyak sangat dengar nyanyian2, berpada-padalah. Dan janganlah dengar kata2 yang lagha, apatah lagi yang berdosa seperti dengar umpatan atau fitnah orang.
  6. Perut janganlah diisi dengan makanan dan minuman yang banyak.
  7. Hati (qalbu) janganlah lalai dari mengingati ALLAH akibat terlalu gembira dan leka dengan suasana hari raya.  Dan inilah yang paling penting sebenarnya.

muzir

Panduan berHari Raya `Eidul-Fitri boleh dibaca di sini, in shaa’ ALLAH:  Bagaimana Menyambut `Eidul-Fitri?

– muzir.wordpress.com


#mecca_live

Ada suatu yang sangat menarik di page Dr Bilal Philips pagi ini.  Beliau mengongsikan beberapa foto komen dan luahan perasaan beberapa orang yang belum-muslim terhadap Islam.  Komen-komen ini terhasil setelah mereka melihat keadaan di dalam Masjidil Haram apabila ramai ummat Islam yang berkunjung ke sana berkongsi pengalaman mereka melakukan ibadah umrah dan pos ke snapchat dengan hashtag #mecca_live.

Mereka teruja.  Saya juga teruja.  Membaca komen mereka mengenai Islam, saya hanya tersenyum dan memuji ALLAH. Alhamdulillah.  Segala pujian adalah milik ALLAH semuanya.

Cubalah baca komen-komen mereka: 🙂

image

image

image

image

image

Tuan/puan boleh membaca lanjut mengenai #mecca_live di page ini:


Heat Stroke & Syariat Puasa

Heat stroke?  Saya tahu apa maksudnya.  Tapi saya tak tahu hakikat kebenarannya.  Telah tersebar di media sosial mengatakan ada kanak-kanak yang menemui ajal akibat dari heat stroke ketika berpuasa.   Adakah sampai begitu sekali patut kita berpuasa?  Begitukah syariat dan maqasid berpuasa? Continue reading


%d bloggers like this: