Heat Stroke & Syariat Puasa

Heat stroke?  Saya tahu apa maksudnya.  Tapi saya tak tahu hakikat kebenarannya.  Telah tersebar di media sosial mengatakan ada kanak-kanak yang menemui ajal akibat dari heat stroke ketika berpuasa.   Adakah sampai begitu sekali patut kita berpuasa?  Begitukah syariat dan maqasid berpuasa?

Yang saya tahu ialah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pernah membasahkan kepalanya akibat kepanasan ketika Baginda berpuasa.  Maknanya kita boleh nak mandi untuk menyegarkan badan walau ketika berpuasa.

Selain itu, ada hadith mengatakan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengamalkan gosok gigi dalam banyak keadaan, antaranya ketika hendak berwudhu, ketika hendak solat, ketika masuk rumah dan sebagainya.  Para ulama berpandangan bahawa Nabi lakukannya juga pada waktu berpuasa.  Inilah pandangan yang tepat.  Maknanya kita boleh menggosok gigi ketika berpuasa.  Dan gosok gigi boleh mendatang kesegaran kepada kita khususnya kepada mulut dan wajah kita.

Setahu saya juga para Sahabat Nabi radhiAllahu `anhum ada yang berbuka puasa ketika melakukan perjalanan jauh samada untuk tujuan perdagangan, peperangan, ziarah dan sebagainya.  Maknanya ada keringanan dalam mengerjakan ibadah puasa.  Boleh berbuka puasa dalam beberapa keadaan seperti terlalu tua, uzur, sakit, dalam perjalanan jauh, tidak berdaya dan sebagainya.  Dan hendaklah diganti pada masa lain atau memberi makan kepada faqir miskin sebagai ganti puasa (tertakluk kepada kes).

Diriwayatkan juga para Sahabat akan membuat dan memberikan mainan kepada anak-anak mereka bagi mengalih perhatian mereka dari lapar dan dahaga serta letih akibat berpuasa.  Pada zaman sekarang macam-macam mainan ada.  Terlalu banyak pilihan yang boleh dilakukan bagi membuatkan anak-anak sibuk dengan keseronokan lalu melupakan susah berpuasa.  Ibubapa perlu bersifat rahmat kepada anak-anak dan faham fitrah mereka.

Dalam syariat Islam, kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa.  Mengajar mereka berpuasa pada usia kecil memang amat digalakkan dan itulah perbuatan para Sahabat terhadap anak-anak mereka.  Tapi perlu dijelaskan bahawa ia bukan dalam bentuk paksaan.  Ia lebih kepada pendedahan, galakan dan pendidikan.  Saya pernah tulis hal ini di sini:  Wajarkah Kita Suruh Anak Kecil Berpuasa?  (sila klik)

Dan banyak lagi kalau mahu diceritakan bagaimana sifat puasa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan para sahabat radhiAllahu `anhum.  Allahu A`lam.

Heat stroke dapat dielakkan jika kita mengamalkan syariat berpuasa menurut kehendak Islam yang sebenar.  Syariat Islam meraikan fitrah manusia dan alam sekeliling.  Tidak mungkin ia bermusuhan dan bertentangan.  Malah Islam melarang manusia dari melakukan sesuatu yang menyebabkan diri dan sekeliling kepada bahaya dan kebinasaan.

Islam adalah agama rahmat.  Ajaran Islam menatijahkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.  Bukan hanya kepada individu, bahkan kepada masyarakat.  Bukannya mendatangkan mudharat.  Jika berlaku kemudharatan dengan melaksanakan syariat Islam itu mungkin kita yang tersilap amal dan tersilap faham ajaran yang sebenar.

Dan lagi satu.  Janganlah salahkan ibubapa atau sesiapa pun jika seseorang menemui ajal.  Tiada siapa yang sengaja mahu orang kesayangan mereka meninggal dunia.  Ia taqdir ALLAH.  Apa yang berlaku semuanya atas kehendaknya.  Dan ia berlaku dengan mempunyai sebab dan berdasarkan sunnatullah.

Cuma yang perlu kita lakukan ialah menambahkan kefahaman dan menyebarkan kefahaman supaya amalan kita lebih tepat dengan ajaran Islam.  Dan dengan lebih faham dan lebih tepat itu, maka kesejahteraan bertebaran dan musibah dapat dielakkan.  Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: