Apakah Yang Lebih Baik Untuk Dijadikan Harapan?

Biasanya manusia meletakkan harapan pada sesuatu yang dapat menguntungkan dan menyelamatkan mereka.  Terutama pada saat mereka ditimpa kesusahan.

Bilakah saat paling getir manusia?

Apabila saat paling getir itu berlaku, pada apakah kita hendak letakkan harapan?

Saat paling getir manusia ialah saat dibangkitkan ALLAH untuk dihisab.  Kerana saat itu adalah waktu manusia diputuskan samada berjaya atau kalah, gembira atau kecewa,  Syurga atau Neraka.

Tiada saat yang lebih getir dan menakutkan melainkan saat ini.  Masing-masing ketakutan dan hilang pertimbangan.  Masing-masing hanya fikir untuk menyelamatkan diri sendiri kerana di hadapan mereka terbentang nasib yang sangat dahsyat.

Bagaimana untuk menyelamatkan diri?

Pada siapakah kita hendak panjatkan harapan dan minta pertolongan?

Tentulah jawapannya ialah ALLAH.  Dengan rahmat ALLAH lah kita boleh terselamat.  Tapi untuk mendapatkan rahmat ALLAH, hendaklah kita terlebih dahulu berusaha mendapatkannya.

Antara sebab utama kita boleh mendapat rahmat ALLAH ialah melalui ketaatan kita kepada ALLAH ketika hidup di dunia.  Apa yang ALLAH suruh kita buat.  Apa yang ALLAH larang kita tinggalkan.

Sebab itulah ketika di dunia kita mesti memperbanyakkan amalan-amalan soleh iaitu yang sesuai dengan perintah ALLAH melalui al-Quran dan as-Sunnah.  Kerana amalan-amalan inilah yang menjadi sebab untuk kita beroleh harapan yang baik dan kukuh pada Hari Akhirat kelak.

ALLAH Jalla wa A`la berfirman:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Maksudnya:

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia;

dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,

dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

(Surah al-Kahfi, 18:46)

Ya.  Harapan kita ialah pada amalan soleh kita sendiri.

Sebab itulah kita berkewajiban untuk memastikan agar amalan-amalan kita tepat menurut apa yang ALLAH Ta`ala mahu, tepat menurut apa yang Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ajarkan dan hendaklah kita melakukannya dengan sungguh-sungguh.  Bahkan kita sepatutnya mengharapkan agar ALLAH menerima amalan-amalan tersebut supaya ia tidak ditolak ALLAH dan menjadi sia-sia.  Amalan-amalan tersebut bakal menjadi harapan yang boleh menyebabkan kita mendapat rahmat ALLAH.

Peri pentingnya sesuatu amalan diterima ALLAH pernah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim dan Isma`il `alaihima as-solatu wa as-salam sebagaimana disebut di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 127.  Mereka pernah berdo`a kepada ALLAH setelah siap membina asas Ka`bah dengan do`a berikut:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعٌ الْعَلِيمٌ

Bermaksud:

“Tuhan kami, terimalah (amalan) dari kami,

sesungguhnya ENGKAU lah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh kita ber`amal dan terus ber`amal.  Kerana itulah harapan kita.  Berbaloi untuk kita bersusah payah kerananya.  Pada saat susah atau senang, sempit atau lapang, huru-hara atau aman, orang benci atau suka; teruskanlah beramal demi mendapat redha dan rahmat ALLAH.  Pada amal-amal soleh itulah kita berharap agar ia menjadi sebab ALLAH selamatkan kita dan rahmati kita.  Bukanlah harapan itu pada manusia, kumpulan, harta dan seumpamanya.

ALLAH Al-Musta`an.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: